Keberkesanan penggunaan peta alir (Flow Map) dalam meningkatkan kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Tamil tahun 5.
Keywords:
Peta Alir, Penulisan Naratif, Bahasa Tamil, Murid Tahun 5, Penulisan KaranganAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta alir dalam
meningkatkan kemahiran penulisan karangan naratif Bahasa Tamil dalam kalangan murid
Tahun 5 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah. Reka bentuk kajian yang
digunakan ialah kuasi-eksperimental melibatkan 40 orang murid yang dibahagikan kepada
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen menerima intervensi
pengajaran menggunakan peta alir manakala kumpulan kawalan mengikuti pengajaran
konvensional. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca yang dinilai
berdasarkan rubrik penulisan naratif yang merangkumi aspek struktur, kandungan dan bahasa.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pencapaian kumpulan
eksperimen berbanding kumpulan kawalan, serta peningkatan ketara skor sebelum dan selepas
intervensi. Secara keseluruhannya, penggunaan peta alir didapati dapat membantu murid
merancang penulisan secara sistematik dan menghasilkan karangan yang lebih berkualiti.
Kajian ini mencadangkan agar pendekatan visual seperti peta alir diterapkan secara meluas
dalam pengajaran penulisan Bahasa Tamil di sekolah rendah.