Peranan program pembudayaan al-Quran bagi staf pejabat bendahari di UiTM Cawangan Kelantan.

Authors

  • Shafiza Safie Academic of Contemporary Islamic Studies. Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Nurul Hidayah Awang Academic of Contemporary Islamic Studies. Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Mohd Khairul Anuar Ismail Academic of Contemporary Islamic Studies. Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia

Keywords:

Pembudayaan Al-Quran, UiTM Cawangan Kelantan, Pejabat Bendahari, Talaqqi Musyafahah, Tikrar.

Abstract

UiTM Cawangan Kelantan telah mewujudkan program pembudayaan al-Quran yang
melibatkan semua warga universiti seperti pelajar, staf akademik, staf pentadbiran serta
pekerja am kontrak. Ia diletakkan bawah Pejabat Rektor di Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM
Cawangan Kelantan pada tahun 2023. Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan Program
Pembudayaan Al-Quran terhadap staf Pejabat Bendahari dalam menanam minat mereka
terhadap pengajian al-Quran dan implikasi yang diperolehi berkat Kalamullah ini. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual pihak-pihak yang terlibat dan juga
peserta dalam kalangan staf Pejabat Bendahari disamping menggunakan metode dokumentasi.
Analisis data kajian pula adalah secara manual dengan menggunakan teknik analisis tema.
Hasil kajian mendapati peranan yang dimainkan oleh Universiti menerusi Program
Pembudayaan Al-Quran khususnya dengan mengadakan sesi pengajian Al-Quran secara
percuma yang diadakan oleh Pejabat Bendahari memberikan manfaat yang besar kepada para
peserta dengan penggunaan pelbagai kaedah seperti talaqqi musyafahah, tikrar, tasmik,
muraja’ah, penulisan di papan putih atau di skrin telah menjadikan mereka celik Al-Quran
sehingga berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran. Ini membawa implikasi positif dalam memupuk
minat staf Pejabat Bendahari terutamanya untuk terus membudayakan pengajian Al-Quran
dalam kehidupan seharian mereka seperti berjaya khatam Al-Quran, bermotivasi untuk terus
mendalami Kitabullah, merasa lebih yakin dan dapat mengeratkan silaturrahim.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-11

How to Cite

Safie, S., Awang, N. H., & Ismail, M. K. A. (2025). Peranan program pembudayaan al-Quran bagi staf pejabat bendahari di UiTM Cawangan Kelantan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3484