Ketaksamaan peluang akademik di sekolah menengah kebangsaan: Pengaruh struktur sosial terhadap prestasi pelajar.

Authors

  • Mohamad Mujtahid Md Salim Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Anuar Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nur Nadhirah Ab. Hamid SK Seafield, Jalan USJ 6/3,47610, Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Keywords:

ketaksamaan pendidikan, struktur sosial, pencapaian akademik, sosioekonomi, akses pembelajaran

Abstract

Ketaksamaan akses pendidikan masih membelenggu sistem pendidikan Malaysia
khususnya melibatkan pelajar daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Kajian ini
bertujuan untuk meneliti pengaruh struktur sosial seperti tahap pendidikan ibu bapa,
pendapatan isi rumah dan kemudahan akses terhadap sumber pembelajaran terhadap
pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan reka bentuk deskriptif-korelasi secara keratan lintang. Seramai 129 pelajar
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak
berstrata. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik berstruktur, manakala analisis
data dijalankan melalui statistik deskriptif, korelasi Pearson dan analisis regresi berganda.
Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor akses kepada sumber pembelajaran memainkan
peranan paling signifikan dalam menentukan pencapaian akademik pelajar, diikuti oleh tahap
pendidikan ibu bapa dan pendapatan isi rumah. Dapatan ini memberi implikasi penting
terhadap perumusan dasar pendidikan yang lebih adil dan bersifat inklusif. Justeru, kajian ini
mencadangkan pelaksanaan intervensi yang bersasar seperti bantuan kewangan langsung,
penyediaan infrastruktur pembelajaran digital serta program sokongan akademik bagi
memperkasa pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan seterusnya mengurangkan
jurang ketaksamaan pendidikan.Ketaksamaan akses pendidikan masih membelenggu sistem pendidikan Malaysia

jurang ketaksamaan pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-11

How to Cite

Md Salim, M. M., Ahmad, A., & Ab. Hamid, N. N. (2025). Ketaksamaan peluang akademik di sekolah menengah kebangsaan: Pengaruh struktur sosial terhadap prestasi pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3482