Nasihat Luqman al-Hakim: Berbuat baik kepada ibu bapa
Keywords:
Luqman al-Hakim, taat, ibu bapa tua, ibu bapa kafir, syukur kepada ibu bapaAbstract
Luqman al-Hakim merupakan seorang soleh yang dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan oleh Allah. Beliau banyak memberi nasihat kepada anaknya dan hal ini dirakamkan oleh al-Quran dalam Surah Luqman. Kertas kerja ini membincangkan nasihat Luqman al-Hakim iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa merangkumi perbincangan mengenai keutamaan ketaatan kepada ibu berbanding bapa, ketaatan kepada ibu bapa mesti berlandaskan ketaatan kepada Allah SWT, hukum menghormati ibu bapa kafir dan bersyukur kepada ibu bapa. Perkara ini tercatat pada ayat 14 dan 15 dalam Surah Luqman. Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah dokumentasi. Analisis data dibuat menerusi kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa Luqman menasihati anaknya berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya apabila keduanya sudah tua. Seterusnya, Luqman memberi peringatan kepada anaknya agar mentaati ibu bapa selagi mana perkara tersebut tidak bercanggah dengan perintah Allah.