Tawarruq dan aplikasinya dalam pembiayaan pendidikan Perbankan Islam di Malaysia

Authors

  • Azwan Ismail Centre for Islamic, General and Language Studies, Universiti Poly-Tech Malaysia, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia‎.
  • Muhammad Adli Ahmad Centre for Islamic, General and Language Studies, Universiti Poly-Tech Malaysia, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia‎.
  • Khairul Ashraaf Saari Centre for Islamic, General and Language Studies, Universiti Poly-Tech Malaysia, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia‎.
  • Muhd Bazli Hashim Centre for Islamic, General and Language Studies, Universiti Poly-Tech Malaysia, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia‎.

Keywords:

Tawarruq, Pembiayaan Pendidikan, Perbankan Islam, Syariah, Malaysia

Abstract

Tawarruq merupakan salah satu instrumen kewangan yang digunakan dalam perbankan ‎Islam untuk memenuhi keperluan pembiayaan berlandaskan prinsip syariah. Tawarruq ‎memainkan peranan penting terhadap pembiayaan pendidikan dalam menyediakan ‎penyelesaian kewangan berteraskan hukum Islam, terutamanya dalam menyediakan ‎kemudahan pembiayaan tanpa melanggar larangan riba. Kajian ini bertujuan untuk ‎mengenal pasti penerapan konsep tawaruq dan menganalisis pematuhan kontrak produk tawaruq beberapa perbankan di Malaysia berlandaskan garis panduan  yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Kajian ‎ini menggunakan analisis kualitatif desktriptif dengan memfokuskan perbincangan pada ‎konsep syariah dalam pembiayaan pendidikan perbankan Islam di Malaysia. Hasil dapatan ‎kajian mendapati bahawa, pembiayaan pendidikan di Malaysia telah menunjukan ‎pengaplikasian yang tinggi berteraskan konsep tawarruq yang telah diperincikan oleh BNM. Namun begitu, beberapa perbankan Islam tidak dapat ‎memperincikan konsep komoditi dengan baik dan seterusnya mampu menimbulkan ‎keraguaan terhadap kepatuhan syariah berdasarkan konsep ‘jual beli’.  Akhir sekali, kajian ini mencadangkan beberapa ‎penambahbaikan bagi memantapkan aplikasi tawarruq dalam pembiayaan pendidikan pada ‎institusi perbankkan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-29

How to Cite

Ismail , A., Ahmad, M. A., Saari, K. A., & Hashim, M. B. (2025). Tawarruq dan aplikasinya dalam pembiayaan pendidikan Perbankan Islam di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 747–762. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3454