Amalan suluk dalam tarekat Naqshabandiah Khalidiah di Malaysia
Keywords:
Suluk, Tarekat, Naqsyabandiah, KhalidiahAbstract
Suluk merupakan amalan khusus bagi pengamal tarekat tasawuf. Selama bersuluk, amalan utama seorang salik adalah berzikir dalam tempoh masa yang ditentukan. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan bimbingan khusus dari seorang guru bertaraf mursyid. Tempoh perlaksanaan ibadah suluk ini samada 10, 30 atau 40 hari. Amalan suluk ini dilaksanakan di lokasi khas yang telah ditetapkan oleh mursyid. Tradisi ibadah yang terkenal dalam kalangan pengkut tarekat Naqshabandi ini telah berlangsung sebanyak 80 kali. Semua salik wajib berbai’ah dan menghadiri majlis tawajjuh sekurang kurangnya 3 kali. Di Malaysia amalan ini masih kekal bertahan di kalangan tarekat tertentu dan selagi guru mursyid masih memimpin tarekat tersebut. Artikel ini akan memfokuskan kajian terhadap literatur sedia ada daripada jurnal-jurnal elektronik, kitab berbahasa Arab dan melayu serta yang menjadi rujukan asas kepada pengamal Tarekat Naqsyabandiah iaitu Tanwir al-Qulub. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini akan menggabungkan kajian kepustakaan dan lapangan yang berasaskan metode temu bual dan pemerhatian. Temu bual dijalankan terhadap 5 khalifah dalam Tarekat Naqshabandiah Khalidiah dan pemerhatian akan dijalankan di Majlis Suluk Yang ke 78 & 79 Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Guru Dr. Jahid Sidek di Institut Latihan Tasawuf dan Tarekat al-Manarah, Negeri Sembilan. Data kualitatif yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara tematik bagi merumuskan dapatan berkaitan kajian. Hasil dapatan kajian ialah tradisi suluk ini sangat bermanfaat bagi pengamal tarekat kerana dapat melatih diri untuk terus sentiasa berzikir pada Allah SWT dan mengekalkan tradisi suhbah bersama guru mursyid yang boleh membimbing rohani pengamal tarikat dalam mengenal Allah SWT.










