Scaffolding Pendidikan Qiraat: Tinjauan Terhadap Kesediaan Guru dan Impaknya Terhadap Minat Serta Prestasi Pelajar.

Authors

  • Khadijah Abdullah Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.

Keywords:

Kesediaan Guru, Qiraat, Scaffolding, Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)

Abstract

Pengajaran Qiraat memerlukan pendekatan yang sistematik dan berkesan bagi memastikan pelajar bukan sahaja menguasai variasi bacaan secara hafalan, malah memahami teori ilmu tersebut secara lebih mendalam. Dalam konteks pendidikan moden, pendekatan scaffolding yang berpaksikan Teori Sosiokultural Vygotsky semakin mendapat perhatian kerana keupayaannya menyokong pembelajaran secara bertahap mengikut tahap keupayaan pelajar. Namun begitu, pelaksanaan pendekatan ini dalam pengajaran Qiraat khususnya di sekolah tahfiz, masih belum diteroka secara menyeluruh. Aspek kesediaan guru memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan strategi yang digunakan, manakala impak terhadap minat dan prestasi pelajar juga perlu diperhalusi. Justeru itu, kajian ini meneliti kesediaan guru dalam membimbing pelajar melalui pendekatan scaffolding dalam pengajaran ilmu Qiraat serta menilai kesannya terhadap minat dan prestasi pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Kerian dan Daerah Batang Padang, Perak. Pendekatan scaffolding yang diilhamkan daripada Teori Sosiokultural Lev Vygotsky menekankan kepentingan interaksi sosial dalam Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) bagi menyokong pembangunan kognitif dan afektif pelajar. Dalam konteks pendidikan Qiraat, guru berperanan sebagai pembimbing yang menyediakan bantuan sementara secara bertahap melalui perancangan rapi, penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai, latihan talaqqi, pemupukan minat, serta strategi penilaian reflektif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temubual separa berstruktur melibatkan empat orang guru Qiraat daripada dua buah SMTDR tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bukan sahaja bersedia dari aspek pedagogi dan penguasaan isi kandungan, malah aktif memanfaatkan sumber digital, lagu, pembelajaran kolaboratif serta aktiviti luar bilik darjah untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa penerapan prinsip scaffolding secara konsisten berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, menggalakkan penglibatan aktif serta membantu pelajar melangkaui had kendiri mereka dengan sokongan guru. Kajian ini mencadangkan agar prinsip teori Vygotsky dimantapkan dalam latihan perguruan dan pembangunan kurikulum tahfiz bagi memperkukuh pengajaran ilmu Qiraat dalam kerangka pendidikan Islam kontemporari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Abdullah, K., Yusof @ Salleh, M. Y., & Ali Hasan, A. R. (2025). Scaffolding Pendidikan Qiraat: Tinjauan Terhadap Kesediaan Guru dan Impaknya Terhadap Minat Serta Prestasi Pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3410