Cabaran, Keperluan dan Cadangan Pembangunan Model Standardisasi Tauliah Mengajar Agama Islam Kebangsaan.

Authors

  • Muhammad Nurdin Haikal Ab Lathif Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak, Malaysia,
  • Norazmi Anas Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah, Perak, Malaysia,
  • Mohd Hapiz Mahaiyadin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia,
  • S Salahudin Suyurno Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Mohd Erfino Johari Pusat Islam, Umum dan Pengajian Bahasa, Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nurul Badriyah Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, Johor, Malaysia
  • Ahmad Khairul Ashraaf Saari Pusat Islam, Umum dan Pengajian Bahasa, Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia,
  • Farah Mohd Ferdaus Pusat Islam, Umum dan Pengajian Bahasa, Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia,

Keywords:

Cabaran, Kebangsaan, Model, Mengajar Agama Islam, Standardisasi, Tauliah

Abstract

Semua negeri di Malaysia memiliki autonomi dalam hal ehwal agama Islam termasuk pengeluaran tauliah menyebabkan ketidaksepaduan prosedur, kekangan birokrasi dan sekatan pergerakan bagi pendakwah antara negeri. Kekerapan temuduga menjadi punca utama polemik tauliah mengajar agama berlarutan sehingga kini di samping tempoh menunggu panggilan temuduga yang panjang serta tempoh permohonan yang singkat. Hal ini menunjukkan kesulitan dan melambatkan proses dakwah Islam berbanding permit penganjuran pesta dan aktiviti sosial lain yang lebih mudah dan terbuka sepanjang tahun. Maka, tinjauan awal ini akan meneliti cabaran serta potensi penyelesaian dalam sistem tauliah mengajar agama Islam di Malaysia, dengan fokus kepada keperluan standardisasi di peringkat kebangsaan. Kajian ini juga menghuraikan beberapa keperluan standardisasi untuk pengiktirafan silang diantara negeri bagi penyelarasan kurikulum tauliah agar prosesnya lebih efisien tanpa menjejaskan kuasa negeri. Akhirnya, kajian ini mencadangkan model standardisasi tauliah kebangsaan melalui kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Implikasinya, penyampaian dakwah dapat diperkasa secara lebih inklusif dan menyeluruh, selaras dengan keperluan masyarakat Islam kontemporari di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Ab Lathif, M. N. H., Anas, N., Mahaiyadin, M. H., Suyurno, S. S., Johari, M. E., Ali, N. B., … Mohd Ferdaus, F. (2025). Cabaran, Keperluan dan Cadangan Pembangunan Model Standardisasi Tauliah Mengajar Agama Islam Kebangsaan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3409