Integrasi Kelestarian Alam Dalam Tadbir Urus Institusi Tahfiz Swasta di Malaysia.
Keywords:
Integrasi, Institusi Tahfiz Swasta, Kelestarian Alam, Malaysia, Tadbir UrusAbstract
Bantuan kerajaan dan yuran pelajar didapati tidak mampu menampung kos keseluruhan tadbir urus Institusi Tahfiz Swasta (ITS) yang semakin meningkat saban tahun. Oleh yang demikian, ITS perlu mencari jalan atau altenatif baharu dalam menjana pendapatan disamping menjimatkan penggunaan sumber agar tadbir urus kekal seimbang dan stabil. Berdasarkan masalah kajian yang dikemukakan, langkah altenatif dengan mengintegrasikan pengurusan sumber hijau dalam tadbir urus ITS dijangka mampu menjimatkan kos operasi serta meningkatan kesedaran melestarikan alam sekitar. Kajian terkini berkaitan model tahfiz menunjukkan bahawa model-model yang dikemukan lebih menjurus kepada integrasi kurikulum dalam institusi tahfiz dengan penawaran pelbagai bidang dan memberi fokus kepada inovasi pendidikan. Ia disokong oleh analisa terhadap kajian-kajian lepas antara tahun 2020-2025 yang lebih memfokuskan pada aspek model-model kurikulum (model tahfiz sepenuh masa, model tahfiz, model tahfiz integrasi model tahfiz dini, model tahfiz turath, model tahfiz kemahiran, model tahfiz sukan, model tahfiz pemulihan), integrasi inovasi digital dalam pengajaran tahfiz, pengurusan insfrastruktur, pengurusan keruntuhan akhlak berteraskan tahfiz, model integrasi waqaf dalam ITS, model integrasi keusahawanan dalam ITS dan model instrumen pengukuran. Justeru, kajian ini dijangka dapat memenuhi jurang kajian dari aspek penjimatan melalui integrasi kelestarian alam dalam tadbir urus ITS sebagai langkah altenatif bagi meningkatkan kemandirian dan jangka hayat sesebuah organisasi tahfiz dalam mendepani cabaran peningkatan kos operasi. Oleh yang demikian, Model Institusi Tahfiz Alami (MITA) dicadangkan sebagai asas utama kajian berkonsepkan Reduce, Reuse dan Produce (2R1P) sebagai pembudayaan pengurusan sumber yang berkesan ke arah merealisasikan matlamat Dasar Pembangunan Tahfiz Negara (DPTN) untuk memperkasa pendidikan tahfiz di negara kita.