Lokalisasi Zakat Menerusi Institusi Masjid di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Kritis

Authors

  • Muhammad Najib Abd Wakil Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai & Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Shah Alam, Malaysia.
  • Azman Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Ahmad Syukran Baharuddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Keywords:

Lokalisasi, Zakat, Masjid, Negeri Sembilan

Abstract

Masjid merupakan institusi penting dalam pembentukan tamadun Islam. Kewujudan masjid di awal perkembangan Islam bukan sekadar sebagai pusat mendirikan solat, bahkan memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi setempat melalui pengurusan zakat secara lokal. Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang melihat potensi pengurusan zakat di masjid perlu dikembalikan dalam memperkasa kebaikan dan kemajuan tamadun Islam sejagat. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji sejarah pengurusan zakat melalui institusi masjid dan mencadangkan penambahbaikan pengurusan zakat di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan instrumen temu bual dan analisis dokumen sebagai sumber utama peraihan data. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan deduktif sebelum mencadangkan penambahbaikan terhadap amalan semasa pengurusan zakat di Negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan zakat menerusi institusi masjid di Negeri Sembilan pernah diamalkan sebelum kedatangan Inggeris. Pengaplikasian semula pengurusan zakat di intitusi masjid juga bukan perkara yang mustahil dan dikira sebagai cadangan menarik yang boleh diketengahkan dalam konteks ketamadunan Islam pada hari ini khususnya di Negeri Sembilan. Kajian ini dilihat mampu memberikan cetusan ilmu buat pelaksana dasar berkaitan zakat di Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang lain di samping menambah dimensi pandangan pembaca dalam kalangan masyarakat tentang pengurusan zakat menurut Islam. Kajian mencadangkan satu model baharu pengurusan zakat perlu diperkenalkan menerusi institusi masjid di Negeri Sembilan yang sifatnya lebih lokal dan setempat sesuai dengan tujuan pensyariatan zakat menurut agama Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Abd Wakil, M. N., Ab Rahman, A., & Baharuddin, A. S. (2025). Lokalisasi Zakat Menerusi Institusi Masjid di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Kritis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3407