Analisis Cabaran Komunikasi Guru Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Murid Orang Kurang Upaya Pembelajaran (MOKUP).
Keywords:
Komunikasi, Cabaran Guru, PPKI, PdP, MOKUPAbstract
Komunikasi merupakan asas dalam menghubungkan sesuatu perhubungan atau pertalian antara masyarakat. Komunikasi merupakan kunci utama dalam kehidupan seharian termasuklah komunikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Perlaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan guru PPKI dapat membantu murid orang kurang upaya pembelajaran (MOKUP) dalam pendidikan. Namun begitu, terdapat segelintir guru yang mengajar MOKUP kurang mempunyai pengetahuan atau pengalaman asas berkaitan Pendidikan Khas seperti kaedah pengendalian dan kaedah komunikasi yang efektif. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman komunikasi guru terhadap PdP MOKUP, mengkaji kaedah komunikasi guru terhadap PdP MOKUP dan mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap PdP MOKUP. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual separa berstruktur dan triangulasi data berdasarkan pemerhatian (participant-observation). Data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tema dan kod yang sesuai dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 24. Hasil kajian telah memperlihatkan bahawa guru mempunyai cabaran terhadap komunikasi dalam proses PdP MOKUP. Input kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, guru-guru dan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dalam meningkatkan keberkesanan strategi komunikasi dan interaksi dalam PdP serta sebagai rujukan bagi merancang pendekatan yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan MOKUP.