Fitur persembahan dakwah dalam media sosial: Suatu analisis kandungan terhadap facebook ustazah Asma’ Harun.

Authors

  • Nor’Aini Ahmad Zohri Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 50603, Selangor, Malaysia
  • Norrodzoh Hj Siren Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 50603 Selangor, Malaysia

Keywords:

Dakwah, Media Sosial, Elemen Multimedia, Fitur Persembahan Dakwah

Abstract

Media sosial merupakan salah satu wasilah dakwah yang mempunyai pelbagai fitur di dalamnya. Penentuan fitur persembahan dakwah adalah berdasarkan elemen media dalam multimedia yang boleh dibahagikan kepada lima elemen iaitu teks, grafik, video, interaktiviti dan gabungan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengkaji fitur persembahan dakwah dalam laman Facebook Ustazah Asma’ Harun (UAH) sepanjang tahun 2023 menggunakan kaedah analisis kandungan. Data dikumpulkan menggunakan kaedah web scraping terhadap Facebook UAH bagi mendapatkan data-data entri dalam Facebook UAH sepanjang tahun 2023. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 1488 entri yang dimuat naik oleh UAH pada tahun 2023, 53.36% daripadanya adalah entri yang mempunyai penyampaian maudhu’ dakwah secara langsung iaitu sebanyak 794 entri. Daripada 794 entri ini, elemen video adalah elemen yang paling banyak digunakan iaitu sebanyak 45%, diikuti dengan elemen grafik iaitu sebanyak 34% dan akhir sekali elemen teks iaitu sebanyak 21%. Secara khususnya dalam elemen video, fitur siaran langsung merupakan fitur tertinggi yang digunakan untuk menyampaikan kandungan dakwah melalui Facebook UAH. Fitur persembahan dakwah yang dilaksanakan oleh UAH turut disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti teks panjang, teks pendek dan teks kongsi kiriman dalam elemen teks. Manakala dalam elemen grafik UAH menyampaikan grafik teks, infografik, fotograf, screenshoot dan gabungan melalui fitur gambar. Akhir sekali dalam elemen video, UAH menggunakan fitur video dan siaran langsung dengan pelbagai bentuk penyampaian seperti sedutan ceramah, rakaman nasihat, perkongsian santai dan lain-lain. Dapatan kajian secara tidak langsung menunjukkan kepelbagaian penyampaian dakwah dalam media sosial berdasarkan fitur persembahan dakwah yang boleh dilaksanakan oleh pendakwah sekali gus menjadi idea dan galakan kepada mereka untuk menggecarkan dakwah melalui media sosial terutamanya Facebook.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Ahmad Zohri, N., & Hj Siren, N. (2025). Fitur persembahan dakwah dalam media sosial: Suatu analisis kandungan terhadap facebook ustazah Asma’ Harun. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3405