Penaakulan Moral dari Perspektif Barat dan Islam.

Authors

  • Khadijah Maisarah Mohd Nadzri Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS), Universiti Poly-Tech Malaysia, Malaysia
  • Farah Mohd Ferdaus Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS), Universiti Poly-Tech Malaysia, Malaysia
  • Mohd Marzuki Ali Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS), Universiti Poly-Tech Malaysia, Malaysia

Keywords:

Penaakulan Moral, Pertimbangan Etika, Moral, Barat Dan Islam

Abstract

Penaakulan moral merujuk kepada proses membuat pertimbangan etika berdasarkan prinsip nilai dan norma yang dianggap betul atau salah. Kajian ini membandingkan pendekatan penaakulan moral dari dua perspektif utama: Barat dan Islam. Penekanan terhadap moral disekolah telah biasa kita dengar akan tetapi kefahaman terhadap penaakulan moral jarang dikupas dan difahami dan tidak dikaitkan dengan islam. Maka penulisan ini ingin mengupas maksud penaakulan moral dari perspektif barat dan islam. Terdapat beberapa kajian dan artikel mengenai penaakulan moral yang dikaitkan dengan guru kerana penaakulan moral merupakan keputusan yang perlu ditentukan betul atau salah oleh seseorang. Jurang kajian ini dengan kajian sebelum ini ialah kajian ini menerapkan kefahaman dari perspektif islam dan bukan barat sahaja. Penaakulan moral dari sudut barat, kajian ini meneliti dua teori perkembangan penaakulan moral yang dikemukakan oleh Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg, yang merupakan dua tokoh utama dalam bidang psikologi perkembangan. Piaget memperkenalkan dua peringkat utama dalam perkembangan moral kanak-kanak iaitu moral heteronomus dan moral autonomus, yang menekankan perubahan dari pemikiran berpusatkan hukuman kepada kefahaman tentang keadilan dan niat. Sementara itu, Kohlberg memperluaskan idea Piaget dengan membangunkan model tiga peringkat yang mengandungi enam tahap perkembangan moral, bermula dari tahap pra-konvensional hingga ke tahap pasca-konvensional. Pendekatan ini menekankan logik rasional, kebebasan individu, dan akibat perbuatan sebagai asas penilaian moral. Sebaliknya, perspektif Islam berteraskan wahyu Ilahi, al-Qur’an, dan Sunnah, serta prinsip-prinsip maqasid al-shariah dan ijtihad. Ia menekankan keseimbangan antara rasionaliti dan keimanan, dengan akhlak sebagai teras utama. Kajian ini mendapati bahawa walaupun kedua-dua perspektif mengiktiraf peranan akal dalam membuat keputusan moral, Islam memberikan dimensi spiritual dan ketundukan kepada kehendak Tuhan sebagai asas utama. Perbandingan ini membuka ruang pemahaman silang budaya dan memperkukuh wacana etika global yang lebih inklusif dan berimbang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Mohd Nadzri, K. M., Mohd Ferdaus, F., & Mohd Marzuki Ali. (2025). Penaakulan Moral dari Perspektif Barat dan Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3403