Cabaran pengurusan diri dalam kalangan pelajar universiti.
Keywords:
Challenges, Self-Managament, University StudentsAbstract
Pengurusan diri adalah suatu amalan yang perlu dilalui oleh setiap manusia dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang pelajar universiti, pengurusan diri amat penting dalam menentukan kejayaan terhadap bidang pengajian yang dipilih. Pelbagai cabaran perlu dihadapi dan diatasi sebaik mungkin sama ada melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan spiritual. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis cabaran pengurusan diri pelajar sepanjang berada di universiti serta langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran yang dihadapi. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan daripada bahan terbitan artikel jurnal, laman sesawang dan laporan akhbar. Antara sumber-sumber sekunder yang digunakan adalah analisis kandungan serta daripada mendapatkan maklumat semasa daripada portal rasmi buletin TV3, Astro Awani, laman sesawang MalaysiaGazette serta merujuk artikel jurnal dan akhbar online seperti Bernama, Berita Harian dan Sinar Harian. Hasil kajian mendapati antara cabaran pengurusan diri pelajar universiti adalah melibatkan kesihatan mental, tekanan akademik, pengurusan emosi dan masalah kewangan. Di samping itu, pelbagai langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran adalah seperti mempertingkatkan kualiti sokongan sosial, memperkasakan program berunsurkan kerohanian serta memperkukuhkan peranan kolej kediaman.