Senario masalah akhlak remaja muslim dari perspektif pakar terpilih di Malaysia.

Authors

  • Mohd Erfino Johari Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS), Universiti Poly-Tech Malaysia, Malaysia
  • Norazmi Anas Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah, Malays
  • Muhammad Ghazi Faris Abdul Mutalib Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
  • Madihatun Zainuddin Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS), Universiti Poly-Tech Malaysia, Malaysia

Keywords:

Senario, Masalah Akhlak, Remaja, Muslim, Pakar Terpilih, Malaysia

Abstract

Akhlak merupakan asas ajaran Islam selain akidah dan syariah yang berperanan sebagai penanda aras pembangunan sesebuah tamadun. Kewujudan masyarakat berakhlak mulia membuktikan pendidikan jati diri Islam berjaya diterapkan hasil peranan yang dimainkan oleh semua pihak seterusnya pemangkin kepada pembangunan sebuah negara madani ke arah kesejahteraan sebuah negara bangsa Malaysia. Walaupun begitu, gejala keruntuhan akhlak remaja Muslim pada hari ini semakin meningkat dan membimbangkan seterusnya menjadi ancaman besar terhadap kemenjadian generasi pelapis negara pada masa depan. Ia berpunca dari kurangnya didikan agama, latar belakang keluarga yang bermasalah, nilai pendidikan yang rendah, teknologi yang berleluasa dan pengaruh rakan yang memberi kesan terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, objektif penulisan kertas kerja ini ialah mengenalpasti senario masalah akhlak remaja Muslim dari perspektif pakar terpilih di Malaysia. Reka bentuk kajian kualitatif berpendekatan kajian kes menggunakan instrumen temu bual terhadap enam orang pakar terpilih dari Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA), Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kesemua informan kajian telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan (purposif), manakala data-data temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik berbantuan perisian ATLAS ti9. Dapatan kajian mendapati keruntuhan akhlak remaja Muslim pada hari ini sangat meruncing dan membimbangkan. Ia berpunca dari faktor dalaman dan faktor luaran yang menjadi ancaman dan cabaran besar dalam pembentukan generasi pelapis negara pada masa depan. Kesan-kesan keruntuhan akhlak remaja Muslim bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan memberi kesan negatif kepada keluarga dan masyarakat. Maka, rawatan-rawatan tertentu diperlukan sama ada berbentuk spiritual, psikologi mahu pun perubatan agar remaja kembali sembuh mental, emosi dan jasadnya demi melahirkan remaja yang sihat dan stabil demi pembangunan sebuah negara bangsa madani yang diidamkan oleh kerajaan Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Johari, M. E., Anas, N., Abdul Mutalib, M. G. F., & Zainuddin, M. (2025). Senario masalah akhlak remaja muslim dari perspektif pakar terpilih di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3395