Media sosial sebagai medium dakwah: Peranan kesantunan berbahasa dalam komunikasi.
Keywords:
Kesantunan Berbahasa, Media Sosial, Medium DakwahAbstract
Media sosial merupakan satu medium penting untuk berdakwah dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja kini. Kebanjiran media sosial seperti facebook, Instagram, twitter, tiktok dan sebagainya telah mewujudkan satu peluang baru kepada pendakwah untuk menyebarkan kebaikan dan ajaran Islam. Medium ini juga dilihat mampu memberikan impak positif terhadap aktiviti dakwah sama ada melalui penulisan atau dalam bentuk video. Walaubagaimanapun, perlaksanaan dakwah melalui medium ini dikhuatiri terlalu bebas tanpa kawalan terutama dari sudut penggunaan bahasa santun yang boleh mengundang salah faham atau kekeliruan terhadap maksud dakwah yang ingin disampaikan sekiranya penggunaan bahasa ketika proses penyampaian dakwah itu tidak sesuai dengan keadaan para pendengar dan pembaca. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk mengetahui peranan kesantunan berbahasa ketika berdakwah di media sosial selain melihat masalah serta cabaran yang dihadapi ketika berdakwah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen yang merujuk kepada sumber dari al-Quran serta beberapa artikel ilmiah yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal terpilih juga buku-buku yang berkaitan. Hasil penulisan ini menunjukkan kesantunan berbahasa memainkan peranan yang penting dalam memastikan mesej yang disampaikan oleh pendakwah mudah diterima dan difahami selain keperibadian pendakwah itu sendiri mampu menjadi daya pengaruh yang baik malah mampu menarik perhatian masyarakat dalam menerima dan memahami mesej Islam dengan lebih jelas.