Penerapan nilai kerja berpasukan di kalangan pelajar melalui aktiviti seni silat berteraskan konsep ta’awun dan ukhuwah.

Authors

  • Ahmad Nazib Alias Faculty of Applied Sciences, UiTM Perak Branch, Tapah, Campus, 35400, Tapah Road, Perak, Malaysia Malaysia
  • Mohd Hambali Anuar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perak 30020 Ipoh, Perak, Malaysia

Keywords:

Seni silat, ta’awun dan ukhuwah, kemahiran insaniah, kerja berpasukan

Abstract

Silat bukan sekadar ilmu seni mempertahankan diri, tetapi merupakan satu warisan budaya yang kaya dengan nilai-nilai Islam. Dalam tradisi Melayu-Islam, silat menerapkan bukan hanya untuk kekuatan fizikal, malah untuk membentuk akhlak, disiplin, dan rohani. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan nilai kerja berpasukan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan seni silat berteraskan budaya Islam, dengan fokus kepada pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar diajar mengenai pantang larang silat cekak dan juga matapelajaran silat cekak terlebih dahulu. Tugasan yang akan diberikan kepada pelajar berbentuk aktiviti khidmat masyarakat. Kemudian, pelajar-pelajar akan membentuk beberapa kumpulan dan akan membentangkan hasil dapatan mereka sepanjang sesi kelas teori yang telah dijalankan. Borang soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar bagi menilai tahap kerjasama, komunikasi, dan komitmen semasa melaksanakan aktiviti. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar berasa selesa bekerja dalam kumpulan (70.2%) dan mampu bekerjasama dengan baik (66%). Walaupun ada yang tidak mengenali ahli kumpulan pada awalnya, 78.7% pelajar menyatakan kegembiraan kerana berjaya menyiapkan tugasan bersama-sama. Secara keseluruhan hasil kajian ini menunjukkan bahawa integrasi aktiviti silat dan nilai budaya Islam dalam bentuk tugasan berkumpulan berkesan dalam memperkukuh kemahiran kerja berpasukan serta menyemai nilai murni dalam kalangan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Alias, A. N., & Anuar, M. H. (2025). Penerapan nilai kerja berpasukan di kalangan pelajar melalui aktiviti seni silat berteraskan konsep ta’awun dan ukhuwah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3387