Amalan penyediaan dan penggunaan air ruqyah dalam masyarakat Melayu: Satu analisis hukum dan budaya.

Authors

  • Juriah Mohd Amin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia,
  • Muhammad Yusri Yusuf @ Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia,
  • Fathiah Fathil Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia,
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia,
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Masthurhah Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia,

Keywords:

Air Ruqyah, Perubatan Islam, Perspektif Syariah, Budaya Melayu, Rawatan Spiritual

Abstract

Amalan ruqyah merupakan satu bentuk rawatan yang berasaskan ayat-ayat al-Qur’an dan doa-doa ma’thur yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Islam sebagai ikhtiar penyembuhan terhadap gangguan spiritual, penyakit fizikal dan keresahan jiwa. Dalam konteks masyarakat Melayu, penggunaan air ruqyah sebagai medium penyembuhan telah menjadi satu bentuk amalan yang meluas dan diwarisi secara turun-temurun. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan penyediaan dan penggunaan air ruqyah dalam masyarakat Melayu dari dua dimensi utama: hukum Islam dan budaya tempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen serta temu bual separa berstruktur dengan pengamal ruqyah dan tokoh agama tempatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah penyediaan air ruqyah, antaranya dengan membacakan ayat-ayat tertentu ke atas air, menghembus, dan menggunakan medium seperti air zamzam atau daun bidara. Dari sudut hukum, sebahagian besar amalan ini disandarkan kepada prinsip-prinsip syarak dan tidak bercanggah dengan akidah sekiranya berasaskan dalil yang sahih. Namun, terdapat juga unsur-unsur budaya seperti penggunaan jampi turun-temurun, ritual tertentu, atau kebergantungan berlebihan kepada air ruqyah yang menimbulkan perbincangan fiqh dan teologi. Kajian ini mencadangkan agar amalan ruqyah distruktur secara lebih sistematik berlandaskan panduan syariah yang sahih, di samping menghormati nilai budaya setempat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Juriah Mohd Amin, Yusuf @ Salleh, M. Y., Fathil, F., Ali Hasan, A. R., Ali Hasan, A. R., & Ismail, M. (2025). Amalan penyediaan dan penggunaan air ruqyah dalam masyarakat Melayu: Satu analisis hukum dan budaya. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3384