Membangun naratif dakwah inklusif: Pendekatan psikospiritual kepada golongan transgender komuniti

Authors

  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Mukhamad Khafiz Abdul Basir Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Academy Contemporary of Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.
  • Nurul Khairiah Khalid Academy Contemporary of Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.

Keywords:

Dakwah inklusif, transgender, pendekatan psikospiritual, maqasid syariah, wacana dakwah kontemporari

Abstract

Artikel ini membincangkan keperluan membina naratif dakwah yang inklusif dan bersifat psikospiritual dalam mendekati golongan transgender dalam masyarakat Islam kontemporari. Pendekatan tradisional yang cenderung bersifat normatif dan menghukum dilihat kurang efektif dalam membimbing kelompok ini ke arah kefahaman agama yang menyeluruh dan berkasih sayang. Justeru, kajian ini mengetengahkan pendekatan psikospiritual sebagai wasilah dakwah yang lebih empati, berasaskan kasih sayang, dan berpaksikan prinsip Maqasid Syariah, khususnya dalam menjaga agama (ḥifẓ al-dīn), jiwa (ḥifẓ al-nafs), dan maruah (ḥifẓ al-‘ird). Melalui metodologi kualitatif berbentuk analisis kandungan kajian ini mengupas naratif alternatif yang lebih mesra, dan bersifat pemulihan, berbanding pendekatan dakwah konfrontatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan psikospiritual mampu membina jalinan kepercayaan dan membuka ruang dialog yang lebih luas antara pendakwah dan komuniti transgender sekali gus memberi kesan positif terhadap proses pemulihan identiti dan penghijrahan rohani secara berperingkat. Artikel ini mencadangkan kerangka dakwah inklusif yang dapat diaplikasikan oleh institusi keagamaan dan pendakwah lapangan dengan menekankan prinsip pendidikan, kesedaran, dan pengasuhan rohani secara bersepadu. Kajian ini memberi sumbangan signifikan kepada wacana dakwah kontemporari, khususnya dalam memperkukuh pendekatan berasaskan rahmah dan keadilan sosial.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Yusof @ Salleh, M. Y., Abdul Basir, M. K., Mohd Noor, A. F., & Khalid, N. K. (2025). Membangun naratif dakwah inklusif: Pendekatan psikospiritual kepada golongan transgender komuniti. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3381