Antara karma, qadak dan qadar: kepercayaan dalam islam.
Keywords:
Buddhisme, Hinduisme, Karma, Qadak, QadarAbstract
Penentuan takdir manusia adalah subjek yang sering dibincangkan oleh kepercayaan agama mengenai siapakah yang mengawal kitaran hayat sama ada diputuskan oleh Tuhan atau manusia. Sebahagian ajaran bersetuju bahawa manusia mempunyai kawalan muktamad ke atas kehidupan kerana kebebasan memilih adalah pilihan mutlak manusia. Sebaliknya, terdapat ajaran meletakkan ketentuan Tuhan sebagai penentu yang lebih baik untuk manusia. Walau bagaimanapun, perdebatan kepercayaan antara takdir dan kebebasan memilih menimbulkan salah faham dalam kepercayaan agama sehingga penganut menyamakan konsep karma wujud dalam kebanyakan agama yang merupakan implikasi pluralisme. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pemahaman asas tentang qadak dan qadar menurut Islam, dan diteruskan dengan meneroka perbincangan karma dalam kepercayaan terpilih khususnya Hinduisme dan Buddhisme, seterusnya menganalisis perspektif takdir tuhan mengikut kepercayaan ketiga-tiga agama tersebut. Metodologi kajian artikel menggunakan analisis kualitatif, bermula dengan mengumpul data daripada sumber primer dan sekunder termasuk pangkalan data perpustakaan. Juga, melalui analisis kandungan yang memfokuskan kepada jurnal terpilih untuk mengumpul maklumat mengikut kepercayaan Islam, Hinduisme dan Buddhisme. Hasil kajian menunjukkan kepercayaan qadak dan qadar dalam Islam adalah berdasarkan ketetapan Allah SWT dan keharmonian hubungan-Nya dengan manusia. Ianya bertentangan dengan pemahaman karma sebagaimana dalam ajaran Hinduisme dan Buddhisme; manusia memiliki hak mutlak untuk mengesahkan kitaran hidup melalui kebebasan memilih. Kajian ini penting bagi memperhalusi pemahaman tentang karma adalah sebahagian daripada ajaran Hinduisme dan Buddhisme, bahkan istilah karma tidak pernah wujud dalam Islam kerana pegangan kepada qadak dan qadar. Justeru, kajian ini membawa kepada keharmonian beragama sebagai lambang toleransi terhadap kepercayaan agama masing-masing.