Analisis Bibliometrik dan Vosviewer Mengenai Pengurusan Haji dalam Pangkalan Data Scopus dari Tahun 2001-2025.

Authors

  • Noor Hidayah Kasim Postgraduate Student, Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.
  • Fadzila Azni Ahmad Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.

Keywords:

pengurusan haji, analisis bibliometrik, VOSViewer, pangkalan data Scopus

Abstract

Haji yang menjadi satu ibadah rutin tahunan umat Islam terdedah kepada pelbagai isu yang kompleks kerana melibatkan sejumlah umat Islam yang sangat ramai. Justeru, ia memerlukan tatacara pengurusan yang sangat bersistematik bagi memastikan kebajikan dan keselamatan semua pihak yang terlibat. Pelbagai pendekatan dan cadangan yang dikemukakan oleh para pengkaji bagi meningkatkan kualiti dalam pengurusan haji. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis arah aliran ataupun trend berkenaan kajian terhadap pengurusan haji bermula pada tahun 2001 sehingga 2025. Metodologi kajian adalah dengan menggunakan analisis bibliometrik dan VOSViewer berdasarkan sumber-sumber dokumen daripada pangkalan data Scopus. Sebanyak 889 dokumen telah diekstrak bagi tempoh 25 tahun. Dapatan analisis menunjukkan trend penerbitan mencerminkan peningkatan kecenderungan dan perhatian dalam kalangan komuniti akademik terhadap bidang kajian ini. Majoriti penerbitan adalah dalam bentuk artikel (63.9%) dan peratusan tertinggi bidang yang banyak diterbitkan mengenai topik pengurusan haji merujuk kepada lain-lain bidang dengan 19.9%. Analisis juga merekodkan kategori "[No Author ID found]" sebagai barisan penulis yang paling proaktif dengan bilangan tertinggi iaitu 24 dokumen. Selain itu afiliasi negara penulis yang paling dominan adalah Arab Saudi dengan bilangan dokumen tertinggi iaitu kira-kira 250 dokumen dan institusi yang mendominasi penyelidikan adalah Umm Al-Qura University yang menyumbang kira-kira 70 dokumen. Tema dan kata kunci popular yang berkaitan dengan kajian ini dibahagikan kepada lima kluster yang berasingan dengan kluster 1 mencatatkan (“haji”) sebagai tema dan kata kunci popular, kluster 2 (“kesihatan awam dan kawalan penyakit”), kluster 3 (“aspek kesihatan klinikal dan sains perubatan manusia”), kluster 4 (“kesihatan awam, petugas kesihatan, dan pengurusan institusi kesihatan”) manakala kluster 5 (“interdisiplin yang menghubungkan penyelidikan klinikal dan kajian kesihatan berteraskan budaya-agama”). Hasil pemetaan juga menunjukkan bahawa Arab Saudi berfungsi sebagai pusat utama dalam jaringan penyelidikan pengurusan haji, dengan hubungan yang luas bersama negara-negara lain seperti Indonesia serta beberapa negara Eropah seperti Perancis dan Itali. Seterusnya, kedudukan Malaysia berdasarkan kepada afiliasi penulis dalam kajian ini turut sama memainkan peranan penting sebagai penghubung dalam jaringan kerjasama penyelidikan antarabangsa. Kajian ini mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan sedia ada dengan menawarkan bukti empirikal dan pemahaman yang komprehensif dalam bidang pengurusan haji.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Kasim, N. H., & Ahmad, F. A. (2025). Analisis Bibliometrik dan Vosviewer Mengenai Pengurusan Haji dalam Pangkalan Data Scopus dari Tahun 2001-2025. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3375