Pendekatan psikoterapi nabawi berasaskan paradigma kecerdasan kenabian dalam meningkatkan kesejahteraan mental

Authors

  • Shahril Nizam Zulkipli Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, Malaysia.
  • Ishak Suliaman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Mohd Syukri Zainal Abidin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, Malaysia
  • Wan Kamal Nadzif Wan Jamil Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, Malaysia
  • Amin Che Ahmat Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, Malaysia

Keywords:

Kecerdasan kenabian, psikoterapi Islam, psikoterapi Nabawi

Abstract

Konsep kecerdasan kenabian merupakan pendekatan psikoterapi Nabawi sebagai
suatu bentuk intervensi psikospiritual bersumberkan al-Quran dan al-Hadith dengan
mengetengahkan profil nabi sebagai model ikonik yang telah berjaya mengoptimumkan potensi
kejiwaan dalam segenap aspek kehidupan. Dalam konteks dunia moden yang sarat dengan
krisis makna dan tekanan mental, ia sering menjadi perbincangan para ahli psikologi kerana
boleh membawa kepada pelbagai masalah psikosomatik dan penyakit jiwa seperti perasaan
sedih, runsing, gelisah, bimbang dan murung yang keterlaluan. Pendekatan psikoterapi
konvensional pula tidak dapat menawarkan kaedah rawatan secara menyeluruh. Justeru,
kajian bertujuan untuk mengetengahkan paradigma kecerdasan kenabian merangkumi elemen
ketauhidan uluhiyyah, rububiyyah, ‘ubudiyyah dan khuluqiyyah yang di lihat mampu
membimbing proses penyembuhan jiwa melalui pemahaman konsep dan praktikal psikoterapi
Nabawi sebagai terapi pembangunan spiritual, penyembuhan psikologi dan pencernaan
kognitif berasaskan tauhid dan nilai-nilai Rabbani. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian kepustakaan untuk
membina kerangka konsep kecerdasan kenabian sebagai suatu pendekatan yang boleh
diaplikasikan dalam psikoterapi Nabawi. Kajian mendapati bahawa paradigma kecerdasan
kenabian memiliki potensi yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para rasul, nabi
dan orang soleh dengan dimensi kecerdasan ruhaniyyah, kecerdasan intelektual, kecerdasan
berjuang dan kecerdasan emosi yang merupakan satu pendekatan unggul dalam mencapai
kesejahteraan holistik yang lestari dan berakar pada nilai-nilai Ilahi. Integrasi kecerdasan
kenabian dalam intervensi psikospiritual berupaya membentuk insan sejahtera yang
memperoleh pemahaman keagamaan secara menyeluruh, menghidupkan semangat dalam
praktis keagamaan dan keduniaan untuk diri dan orang lain, membangun integriti diri,
mempermudah interaksi spiritual dan sosial, bijak dalam mencari solusi terhadap mehnah dan
rintangan kehidupan di samping kemampuan yang kuat dalam menghadapi berbagai kesulitan
hidup.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-25

How to Cite

Zulkipli, S. N., Suliaman, I., Zainal Abidin, M. S., Wan Jamil, W. K. N., & Che Ahmat, A. (2025). Pendekatan psikoterapi nabawi berasaskan paradigma kecerdasan kenabian dalam meningkatkan kesejahteraan mental. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3373