Analisis projek wakaf pertanian di Malaysia dalam meningkatkan hasil agrotani.
Keywords:
Pembangunan, Wakaf pertanian, agrotani, sekuriti makananAbstract
Wakaf merupakan antara instrumen pembangunan ekonomi Islam yang kini
dikembangkan dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian. Dalam menghadapi cabaran
keterjaminan makanan negara, pendekatan Wakaf pertanian dilihat sebagai satu langkah
strategik yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan tempatan.
Justeru, antara usaha yang boleh digembleng ialah mengoptimumkan penggunaan tanah
Wakaf melalui projek-projek pertanian. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti
pelaksanaan projek-projek wakaf pertanian di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif melalui kaedah perpustakaan dengan merujuk sumber primer dan sekunder
antaranya artikel jurnal, laporan agensi dan artikel media. Kriteria pemilihan ini untuk
mendapatkan tinjauan awal berhubung projek-projek wakaf pertanian yang berjaya
dilaksanakan. Hasil kajian mendapati beberapa projek pembangunan wakaf pertanian telah
dilaksanakan di Malaysia antaranya Projek Wakaf Pertanian Bersepadu (WATANI), Ladang
Sawit Wakaf PERKAYA di Terengganu, Projek Penanaman Nanas Selangor, dan Dusun Ilmu
UiTM Melaka. Projek-projek ini bukan sahaja berperanan menjana hasil pertanian dan
meningkatkan pengeluaran makanan, malah turut memberi impak kepada pembangunan
ekonomi setempat, khususnya kepada golongan B40 dan asnaf. Secara keseluruhannya, projek Wakaf pertanian berpotensi menjadi salah satu model pembangunan lestari yang boleh
dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara.