Penebusan pusaka Muslim: Isu & cabaran.
Keywords:
Pusaka, Syarak, Takharuj, Isu, CabaranAbstract
Penebusan pusaka atau takhāruj merupakan proses pembelian pusaka milik
Baitulmal oleh waris. Harta pusaka yang diwarisi oleh pihak Baitulmal disebabkan si mati
tidak mempunyai waris atau waris tertentu (secara āsabah) yang melayakkan Baitulmal
menjadi waris atas sebab hak warisan dari keagamaan yang akan diagihkan kepada umat
Islam mengikut keperluan di bawah peruntukan Seksyen 13(1) Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 (Akta 98) yang menjelaskan bahawa waris-waris diberi peluang untuk
menebus bahagian Baitulmal. Kesemua mazhab menerima pakai konsep ini dalam
penyelesaian konflik perwarisan dalam Islam. Ia memberi ruang kepada semua waris untuk
membahagikan harta pusaka dengan cara terbaik serta ia sebahagian dari hukum faraid itu
sendiri yang selari dengan kehendak syarak. Selain itu ia juga disamakan dengan muafakat,
sulh dan persetujuan. Asas keharusannya dalam Islam yang membenarkan al-hibah
(pemberian), al-ibra’ (pengguguran hak) dan al-sulh (perdamaian). Selain dari pembahagian
secara faraid, takhāruj merupakan jalan penyelesaian alternatif muafakat antara waris
berasaskan prinsip saling meredai dan bertolak ansur. Ia memberi peluang kepada waris-waris
memilih cara penyelesaian terbaik khususnya melibatkan harta pusaka yang bernilai ekonomi
dan kelangsungan hidup semua waris. Terdapat tiga keadaan yang boleh membatalkan
pelaksanaan takhāruj. Pertama, apabila tuntutan hutang melebihi daripada harta pusaka si
mati yang ada dan semua waris tidak bersedia untuk membayar hutang tersebut, maka takhāruj
dianggap batal. Kedua, apabila timbul tuntutan wasiat terhadap si mati, maka tuntutan itu
boleh menyebabkan kadar sebenar bahagian ahli waris dalam harta pusaka akan berubah.
Ketiga, apabila wujud seorang ahli waris yang tidak diketahui sebelum pembahagian atau pada masa takhāruj, kehadirannya boleh menyebabkan berlaku perubahan hak dan bahagian
harta pusaka semua ahli waris berkenaan.