Rawatan tradisional Melayu berkaitan saka di negeri Perak: Satu tinjauan dari perspektif budaya dan syariah
Keywords:
Rawatan saka, tradisional Melayu, rukyah, syariah, akidah, FatwaAbstract
Artikel ini menelusuri amalan rawatan tradisional Melayu berkaitan saka dalam
konteks budaya dan penilaian menurut perspektif Islam yang sahih. Dalam tradisi masyarakat
Melayu, saka sering difahami sebagai warisan berbentuk penjaga ghaib yang diperturunkan
secara turun-temurun, dan biasanya dikaitkan dengan gangguan spiritual seperti histeria,
halusinasi, serta masalah kesihatan yang tidak dapat dikesan secara perubatan moden. Kajian
ini dijalankan secara kualitatif melalui analisis dokumen manuskrip perubatan Melayu serta
temubual berstruktur bersama tiga orang perawat tradisional dan dua pegawai agama negeri
Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian daripada rawatan yang diamalkan
seperti bacaan rukyah syar‘iyyah, mandian daun bidara, dan zikir-zikir tertentu masih selari
dengan garis panduan syariah, namun terdapat juga unsur khurafat seperti penggunaan
pemujaan, tangkal, dan pemanggilan semangat yang bercanggah dengan akidah Islam. Kajian
ini menegaskan keperluan kepada garis panduan syariah yang lebih jelas untuk membezakan
antara rawatan tradisional yang dibenarkan dan yang menyeleweng, serta mencadangkan pemerkasaan terhadap perawat Islam yang berdaftar. Justeru, penyatuan antara keilmuan
warisan dan pemurnian syariah perlu dilaksanakan bagi memastikan amalan rawatan saka
kekal dalam kerangka aqidah yang sahih dan bebas daripada unsur syirik.