Mengadaptasi pemikiran imam al-Ghazali dalam pembentukan sahsiah mahasiswa: Implikasi dalam pendidikan dan kesejahteraan sosial

Authors

  • Izzah Athirah Ibrahim Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Muhd Imran Abd Razak Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Khairunnisa A Shukor Department of Moral Studies, Civics and Character Building, Faculty of Human Science, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Keywords:

Pembentukan Sahsiah Mahasiswa, Pemikiran Imam al-Ghazali, Akhlak dan Adab, Kesejahteraan Sosial, Pendidikan Tinggi

Abstract

Pembentukan sahsiah mahasiswa adalah elemen penting dalam pendidikan tinggi
untuk menghasilkan inidividu yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat. Imam al-Ghazali merupakan seorang tokoh ulama terkemuka yang menekankan
pentingnya pembentukan jiwa melalui akhlak yang baik, adab dan integriti dalam pendidikan.
Pemikiran beliau mengenai pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam dapat dijadikan panduan
dalam membentuk sahsiah mahasiswa di intitusi pengajian tinggi (IPT). Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji penerapan pemikiran Imam al-Ghazali mengenai akhlak, adab dan etika dalam
konteks pendidikan tinggi untuk memperkukuh sahsiah mahasiswa dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial. Imam al-Ghazali menekan penyucian hati dan pembentukan sahsiah
melalui pendidikan moral dan spiritual dengan nilai-nilai seperti kesucian hati, disiplin dan
keikhlasan sebagai asas pembentukan sahsiah unggul. Dalam pendidikan tinggi,
pengintegrasian nilai-nilai ini dalam kurikulum dan program ko-kurikulum dapat membantu
mahasiswa membina akhlak yang baik, meningkatkan integriti serta mengurangkan gejala
sosial. Pemikiran beliau juga memberi panduan tentang kaedah melahirkan mahasiswa yang
mampu memberi sumbangan posistif kepada masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa
pengadaptasian prinsip Imam al-Ghazali dalam pendidikan tinggi dapat memperkukuh sahsiah
mahasiswa dan memberi impak positif terhadap kesejahteraan sosial. Oleh itu,
pengintegrasian pemikiran beliau adalah penting untuk melahirkan mahasiswa yang beretika,
bertanggungjawab dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-24

How to Cite

Ibrahim, I. A., Mohd Noor, A. F., Ali Hasan, A. R., Abd Razak, M. I., & A Shukor, K. (2025). Mengadaptasi pemikiran imam al-Ghazali dalam pembentukan sahsiah mahasiswa: Implikasi dalam pendidikan dan kesejahteraan sosial. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3365