Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Malaysia

Authors

  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Kamarul Azuan Shah Mohd Mashuti Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPDG9) Negeri Perak.
  • Nur Azlina Roslan Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia/ Penyelaras Operasi, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Perak
  • Ahmad Luqman Arshad Mohd Sidik Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak,Malaysia.
  • Muhammad Atif Fitri Muhammad Salim Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Perak Branch,Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.

Keywords:

Rawatan, Saka, Melayu

Abstract

Perubatan tradisional Melayu merupakan warisan ilmu tempatan yang mengandungi
pelbagai kaedah rawatan bagi menangani gangguan fizikal dan spiritual, termasuk gangguan
saka yang masih dipercayai oleh sebahagian masyarakat hari ini. Saka difahami sebagai entiti
halus yang diwarisi secara tidak langsung melalui salasilah kekeluargaan, dan dikaitkan
dengan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan rohani, emosi dan sosial pewarisnya. Kajian
ini bertujuan untuk mendokumentasikan secara sistematik kaedah rawatan saka yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu khususnya di negeri Kedah, Perak,
Selangor dan Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif melalui temu
bual separa berstruktur dengan lima orang pengamal perubatan tradisional yang
berpengalaman di empat negeri tersebut serta analisis kandungan terhadap catatan lapangan,
manuskrip perubatan lama dan pemerhatian terhadap sesi rawatan secara langsung. Hasil
kajian mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah utama yang digunakan dalam rawatan
saka antaranya ialah mandian limau dan bunga sebagai simbol penyucian diri, upacara
menurun atau ‘memanggil saka’ bagi tujuan mengenal pasti entiti yang mengganggu,
pemindahan saka ke medium lain seperti binatang atau pokok sebagai ikhtiar pemisahan, dan
‘pemutusan perjanjian lama’ melalui bacaan khusus atau pembakaran simbol lama. Selain itu,
kajian turut mengenal pasti amalan pemindahan saka kepada waris tertentu secara sedar dan
sukarela, sebagai sebahagian daripada tradisi keluarga dalam menjaga kesinambungan
khidmat entiti tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rawatan saka dalam masyarakat
Melayu merupakan sistem yang berstruktur dan diwariskan secara lisan, serta mengandungi
unsur simbolik dan ritual. Kajian ini menyumbang kepada dokumentasi ilmu perubatan
tradisional Melayu yang semakin terhakis, khususnya dalam aspek rawatan gangguan spiritual
yang unik dan signifikan dalam pembentukan identiti budaya masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-24

How to Cite

Yusof @ Salleh, M. Y., Zainal Abidin, M. Z. H., Mohd Mashuti, K. A. S., Roslan, N. A., Mohd Sidik, A. L. A., & Muhammad Salim, M. A. F. (2025). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3363