The development of the fiqh al-i‘lam model in delivering legal rulings in religious Q&A columns of mass media in Malaysia: A literature review.
Keywords:
Fiqh al-i‘lam, media massa, jawapan hukum, soal jawab agamaAbstract
Artikel ini membincangkan tentang keperluan pembinaan model fiqh al-i‘lam
sebagai pendekatan komunikasi Islam dalam penyampaian jawapan hukum melalui ruangan
soal jawab agama media massa di Malaysia. Latar belakang kajian ini didorong oleh
keperluan mendesak terhadap satu model penyampaian hukum yang lebih sistematik dan
relevan dengan perkembangan media kontemporari serta realiti amalan media semasa.
Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis sorotan literatur berkaitan fiqh media,
metodologi fatwa serta amalan soal jawab agama di Malaysia bagi merangka asas pembinaan
model yang dicadangkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah
analisis dokumen terhadap kajian-kajian terdahulu, artikel jurnal, laporan empirikal serta
rekod penyampaian jawapan hukum di media. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya ruang
kajian baharu dalam amalan penyampaian hukum melalui media massa sedia ada. Sorotan
literatur mendapati terdapat ketidaksesuaian format komunikasi, kekurangan media dan garis panduan penyampaian serta cabaran persepsi masyarakat terhadap autoriti
penyampai. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembinaan model fiqh al-i‘lam adalah suatu
keperluan yang signifikan untuk memperkasakan penyampaian hukum Islam secara efektif dan
beretika melalui media massa.