Ilmu Oseanografi dari perspektif Al-Quran: Kajian kemukjizatan secara saintifik berkaitan pertembungan dua lautan

Authors

  • Shafiza Safie Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Amiratul Munirah Yahaya Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Mohd Asmadi Yakob Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Siti Sarah Izham Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Mohamad Khairul Izwan Rifin Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

Keywords:

Pertemuan Dua Laut, Kedalaman Laut, Perspektif al-Qur’an, Pembangunan Negara

Abstract

Lautan merupakan sebahagian sumber khazanah pembangunan negara dalam kehidupan. al-Quran telah menyebut sebanyak 32 ayat mengenai laut, pantai, muara dan perkara yang berkaitan dengan laut. Fenomena pertemuan dua laut yang tidak bercantum antara satu sama lain dan perbincangan kedalaman laut adalah salah satu keajaiban yang dihuraikan dalam al-Quran bahkan dibuktikan kebenarannya oleh kajian saintifik masa kini. Kajian ini akan menjelaskan kupasan tafsir ayat al-Quran mengenai pertemuan dua laut dan kedalaman laut menurut perspektif al-Quran. Seterusnya menganalisis peranan laut dalam kehidupan dan pembangunan negara. Rekabentuk kajian adalah kualitatif, menggunakan metode pengumpulan data melalui kajian perpustakaan yang diperoleh dari sumber data primer dan data sekunder. Antaranya kitab-kitab tafsir, Tafsir al-Ayat al-Kawniyah fil Quran karya Zaghlul Najjar dan kupasan artikel jurnal mengenai karyanya serta ilmu oseanografi. Manakala metode analisis data pula menggunakan kaedah induktif, deduktif, analisis dokumen dan analisis tematik berkaitan tafsiran ayat al-Quran dan aplikasinya dalam kehidupan. Hasil dapatan mendapati penemuan saintifik telah membuktikan kebenaran ayat-ayat al-Quran dalam beberapa surah tertentu menyatakan bahawa kedua laut tersebut tidak bercampur dan mempunyai dua ketumpatan air yang berbeza iaitu keadaannya masin dan tawar. Kedalaman laut turut berbeza kedalaman berdasarkan warna air laut. Justeru, pembuktian ini jelas menunjukkan keagungan dan kebesaran Tuhan sebagai Pencipta. al-Quran dan sains juga adalah selari dan tidak bertentangan dengan aktiviti kehidupan manusia malah dijadikan sebagai panduan hidup. Hasil laut antara sumber bekalan makanan utama dan rantaiannya perlu dipelihara agar boleh meningkatkan produktiviti yang memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-22

How to Cite

Safie, S., Yahaya, A. M., Yakob, M. A., Izham, S. S., & Rifin, M. K. I. (2025). Ilmu Oseanografi dari perspektif Al-Quran: Kajian kemukjizatan secara saintifik berkaitan pertembungan dua lautan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 523–533. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3349