Cabaran pembelajaran hadis dalam kalangan warga emas: Kajian kes di Madrasah Ibnu Mas’ud Nilai.
Keywords:
Cabaran, Pembelajaran Hadis, Warga emasAbstract
Penghayatan terhadap ilmu hadis dan amalan sunnah berperanan penting sebagai benteng bagi menghadapi cabaran di usia lanjut. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh warga emas ketika mempelajari hadis serta tahap penghayatan mereka terhadap pengamalan sunnah dalam kehidupan seharian. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif, kajian ini menganalisis dokumen dan temu bual separa berstruktur terhadap pakar hadis serta penghuni pondok warga emas. Hasil kajian mendapati bahawa antara cabaran yang sering dihadapi oleh warga emas adalah cabaran kognitif, fizikal, penguasaan bahasa dan persekitaran pembelajaran. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, praktik terhadap amalan sunnah masih dilakukan bergantung kepada tahap kesihatan dan kemampuan warga emas. Kajian ini memberi implikasi terhadap keperluan kurikulum pembelajaran hadis yang lebih inklusif kepada warga emas agar penghayatan mereka terhadap amalan sunnah dapat dimaksimumkan.