Menghayati surah an-nas: Tadabbur dalam membina kesedaran akidah dan akhlak kanak-kanak
Keywords:
Tadabbur al-Quran, Pendidikan awal Kanak-kanak, Perlindungan RohaniAbstract
Penulisan ini bertujuan untuk meneroka pendekatan tadabbur Surah An-Nas dalam pendidikan awal kanak-kanak sebagai usaha membina asas spiritual dan nilai akidah sejak usia muda. Surah An-Nas dipilih kerana kandungannya yang ringkas, mudah dihafal, dan sarat dengan mesej perlindungan rohani serta pengabdian kepada Allah SWT. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan tematik, dengan meneliti ayat dalam Surah An-Nas dan mengaitkannya dengan prinsip psikologi perkembangan kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa tadabbur Surah An-Nas boleh membantu kanak-kanak mengenal sifat-sifat Allah sebagai pelindung, memahami peranan manusia sebagai hamba, serta menyedari ancaman bisikan syaitan yang halus. Pendekatan tadabbur yang berasaskan kisah, emosi dan aktiviti reflektif didapati berkesan dalam menyampaikan mesej al-Qur’an secara mendalam dan mesra kanak-kanak.