Etika digital pelajar prasiswazah dalam penggunaan media sosial. Journal of Islamic, Social, Economics and Development

Authors

  • Mohamad Afandi Md Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.
  • Mohamad Khairul Izwan Rifin Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Muhamad Hasif Yahaya Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.
  • Mohamad Azhan Yahya Pensyarah Universiti, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Lingkungan Ilmu 43600 Bangi, Selangor.
  • Muhammad Amirul Irfan Mohd Azizan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia

Keywords:

Etika digital, media sosial, pelajar prasiswazah, kesedaran etika, amalan etika

Abstract

Kajian ini meneliti tahap kesedaran, amalan, dan cabaran etika dalam penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar prasiswazah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Pendekatan kuantitatif deskriptif digunakan dengan reka bentuk tinjauan melalui edaran borang soal selidik atas talian kepada 154 responden yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah, berdasarkan garis panduan Krejcie dan Morgan. Instrumen kajian dibina berasaskan literatur berkaitan etika digital dan mengandungi empat bahagian: demografi, tahap kesedaran etika, amalan etika, serta isu dan cabaran media sosial, menggunakan skala Likert lima mata. Analisis deskriptif menunjukkan tahap kesedaran (min=4.63, SP=0.46) dan amalan etika (min=4.63, SP=0.42) berada pada tahap tinggi, manakala cabaran etika (min=2.71, SP=1.09) berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan turut menunjukkan majoriti responden adalah perempuan (71.4%), dan responden menggunakan media sosial antara 4–6 jam sehari (50.6%). Hasil kajian membuktikan bahawa pelajar ACIS memiliki kesedaran dan amalan etika digital yang mantap serta keupayaan mengekang cabaran etika dalam persekitaran maya. Kajian ini mencadangkan pengukuhan modul literasi digital berteraskan nilai Islam dalam kurikulum pengajian tinggi sebagai langkah berterusan memastikan integriti dan tanggungjawab etika pelajar di era media sosial yang dinamik

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-10

How to Cite

Md Ismail, M. A., Rifin , M. K. I., Yahaya, M. H., Yahya, M. A., & Mohd Azizan, M. A. I. (2025). Etika digital pelajar prasiswazah dalam penggunaan media sosial. Journal of Islamic, Social, Economics and Development . Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 433–445. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3341