Penyelewengan ajaran New Age Movement (NAM) di Malaysia: Satu analisis akidah dan implikasinya terhadap masyarakat Islam

Authors

  • Syamila Syamim Mohamad Yatim Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 40405, Selangor, Malaysia
  • Mohd Norazri Mohamad Zaini Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 40405, Selangor, Malaysia
  • Mohd Annas Shafiq Ayob Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 40405, Selangor, Malaysia

Keywords:

New Age Movement, akidah, penyelewengan, sinkretisme, motivasi

Abstract

Gerakan New Age Movement merupakan satu fenomena global yang menggabungkan pelbagai kepercayaan dan amalan kerohanian dari pelbagai tradisi keagamaan. Di Malaysia, pengaruh gerakan ini telah menimbulkan kebimbangan apabila elemen-elemen ajarannya diserap ke dalam program pembangunan diri dan motivasi yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ajaran New Age Movement disebarkan di Malaysia, bentuk penyelewengannya serta implikasi terhadap masyarakat Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan analisis kandungan dengan menekankan kajian perpustakaan (library research) sebagai kaedah utama. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan tematik (thematic content analysis), iaitu dengan mengenal pasti tema-tema utama berkaitan penyelewengan ajaran NAM, mengkategorikannya mengikut kerangka akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menilai implikasi ajaran ini terhadap umat Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur sinkretisme (mencampuradukkan pelbagai ajaran dan kepercayaan) dalam ajaran ini yang berpotensi menjejaskan akidah umat Islam sekiranya tidak ditangani dengan baik. Oleh itu, kesedaran dan pemantauan oleh pihak berkuasa agama serta masyarakat adalah sangat penting untuk mengelakkan penyebaran ajaran ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-10

How to Cite

Mohamad Yatim, S. S., Mohamad Zaini , M. N., & Ayob, M. A. S. (2025). Penyelewengan ajaran New Age Movement (NAM) di Malaysia: Satu analisis akidah dan implikasinya terhadap masyarakat Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 384–396. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3337