Menghubungkan tradisi dan teknologi dalam reka bentuk instruksional aktiviti pengajaran pendidikan islam dalam talian

Authors

  • Fatin Nabilah Abdul Wahid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Mahfuzah Mohammed Zabidi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Keywords:

Aktiviti pengajaran, talian, Pendidikan Islam, reka bentuk instruksional, konsensus pakar, pembelajaran digital, PKB, MOOC

Abstract

Perkembangan teknologi digital telah mempercepatkan transformasi dalam Pendidikan Islam, khususnya selepas pandemik COVID-19 yang menjadikan pengajaran dalam talian sebagai norma baharu. Walaupun penggunaannya semakin meluas, isu kualiti aktiviti pengajaran masih tidak konsisten kerana ramai pendidik hanya memindahkan bahan tradisional ke medium digital tanpa mengambil kira prinsip pedagogi dalam talian. Kajian ini bertujuan mereka bentuk aktiviti pengajaran pendidikan islam dalam talian berdasarkan konsensus pakar. Seramai 15 orang pakar dipilih secara bertujuan dan terlibat dalam Perbincangan Kumpulan Berfokus (PKB). Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik berstruktur dengan kategori Diterima atau Ditolak serta ruang catatan justifikasi, dan data dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan bahawa pakar sebulat suara menekankan empat elemen reka bentuk utama iaitu kefahaman, komunikasi, kolaborasi, dan rekaan. Aktiviti yang paling disokong termasuklah demonstrasi amali, micro-lecture berstruktur (3–5 minit), pembentangan poster digital, penulisan reflektif, bercerita, dan peta minda digital. Sebaliknya, aktiviti pasif seperti kuliah panjang tanpa interaksi, perbincangan spontan tanpa struktur, aktiviti fizikal penuh, serta penggunaan aplikasi hiburan tanpa kawalan ditolak kerana tidak sesuai dengan konteks pengajaran Islam. Kajian ini menegaskan bahawa aktiviti pengajaran Pendidikan Islam dalam talian perlu dirangka berasaskan reka bentuk instruksional yang berstruktur, interaktif, reflektif, kolaboratif, dan berpaksikan nilai, agar ia bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk sahsiah serta kemahiran insaniah pelajar dalam era digital.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-10

How to Cite

Abdul Wahid, F. N., & Mohammed Zabidi, M. (2025). Menghubungkan tradisi dan teknologi dalam reka bentuk instruksional aktiviti pengajaran pendidikan islam dalam talian. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 183–191. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3322