Aplikasi kaedah fuzzy delphi dalam pembinaan elemen dakwah berteraskan metodologi an-nubuwwah terhadap non-Muslim di Malaysia

Authors

  • Nor Syahida Hashim Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • S. Salahudin Suyurno Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Amiratul Munirah Yahaya Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Mohd Ridhuan Mohd Jamil Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

dakwah islamiah, non-Muslim, kaedah fuzzy delphi

Abstract

Membangunkan dakwah kepada sasaran non-Muslim memerlukan metodologi tepat
dan terperinci bagi menghasilkan dakwah efektif dan berkesan. Dalam konteks masyarakat
majmuk, kesesuaian metodologi dakwah amat diperlukan bagi memahami keperluan, persepsi,
dan sensitiviti golongan sasaran. Pendekatan yang bijaksana bukan sahaja dapat
menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah, tetapi juga berpotensi memupuk
keharmonian dan toleransi dalam kalangan masyarakat kepelbagaian di negara ini. Kajian
bertujuan membangunkan elemen dakwah terhadap sasaran non-Muslim berasaskan
metodologi an-nubuwwah dengan memberi penekanan konteks dakwah di Malaysia.
Metodologi kajian menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan 15 orang pakar
terdiri daripada ahli akademik, pendakwah profesional, dan penggerak dakwah
berpengalaman. Kaedah analisis data menggunakan triangular fuzzy number dapat
menghasilkan kedudukan elemen, status elemen sama ada diterima mahu pun ditolak melalui
proses‘defuzzification’.Manakala analisis data daripada kumpulan pakar menggunakan
inovasi templet analisis FDMv2.0 yang melibatkan sembilan (9)langkah pelaksanaan. Hasil
kajian mendapati kesepakatan elemen berteraskan lima konstruk berasaskan metodologi
dakwah an-nubuwwah iaitu dakwah bil-hikmah, dakwah bil-hal, dakwah bil-mal, dakwah billisan dan dakwah bil-qalam sesuai untuk diaplikasikan kepada sasaran non-Muslim di Malaysia. Implikasi kajian ini memberikan sumbangan signifikan terhadap peningkatan
keberkesanan strategi dakwah terhadap sasaran non-Muslim. Seterusnya ia memupuk
kefahaman, keharmonian, dan kesedaran hidup bersama dalam negara (coexistence).
Pembinaan elemen dakwah non-Muslim ini turut menjadi panduan kepada organisasi dakwah
dalam merangka pendekatan yang komprehensif dan berkesan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-17

How to Cite

Hashim, N. S., Suyurno, S. S., Yahaya, A. M., & Mohd Jamil, M. R. (2025). Aplikasi kaedah fuzzy delphi dalam pembinaan elemen dakwah berteraskan metodologi an-nubuwwah terhadap non-Muslim di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 37–56. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3297