Persepsi golongan ateis Malaysia terhadap konsep keadilan Tuhan

Authors

  • Nurhanisah Senin Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Universiti Sains Islam Malaysia. Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  • Hamidun Mohamad Husin Fakulti Pengajian Peradaban Islam. Universiti Islam Selangor. Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
  • Nazneen Ismail Fakulti Pengajian Peradaban Islam. Universiti Islam Selangor. Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
  • Norsaleha Mohd Salleh Fakulti Pengajian Peradaban Islam. Universiti Islam Selangor. Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
  • Mustafa Kamal Amat Misra Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Universiti Sains Islam Malaysia. Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Keywords:

Ateis Malaysia, persepsi, keadilan Tuhan, teodisi

Abstract

Persoalan teodisi atau keadilan Tuhan sering dibincangkan dalam kalangan golongan ateis. Soalan lazim yang dilontarkan adalah bagaimana Tuhan yang baik dan berkuasa membiarkan kejahatan, penderitaan dan bala bencana berlaku. Sedangkan Tuhan mampu untuk menghentikan perkara tersebut daripada terjadi. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengkaji persepsi golongan ateis Malaysia terhadap konsep keadilan Tuhan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif menerusi temu bual yang dijalankan dengan lima responden ateis. Hasil dapatan menunjukkan golongan ateis mempunyai persepsi yang negatif terhadap konsep keadilan Tuhan disebabkan oleh fenomena yang berlaku sekitar kehidupan mereka serta fenomena kehidupan secara umumnya. Mereka mengaitkan secara langsung kejahatan yang berlaku dengan keadilan Tuhan sehingga timbul persepsi yang negatif terhadap Tuhan dan seterusnya ingkar dalam mempercayai kewujudan Tuhan. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan salah faham golongan ateis tentang konsep keadilan Tuhan yang sebenar perlu dicerakinkan supaya dapat diberikan kefahaman yang lurus berkaitan konsep teodisi Islam. Usaha untuk menyebarluaskan konsep teodisi Islam yang sebenar boleh dilakukan melalui wacana keagamaan serta pendidikan yang menyeluruh di pelbagai peringkat sebagai langkah pencegahan terjerumus ke dalam fahaman ateisme. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Senin, N., Mohamad Husin, H., Ismail, N., Mohd Salleh, N., & Amat Misra, M. K. (2025). Persepsi golongan ateis Malaysia terhadap konsep keadilan Tuhan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 656–672. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3280