Pelaksanaan PDP berasaskan metode pendidikan Rasulullah SAW dalam kalangan guru SRAJAIM di Melaka

Authors

  • Nur 'Ainussabi'ah Mohammad Sulaiman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka,
  • Noor Aziera Mohamad Rohana Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka,
  • Asma’ Wardah Surtahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka,
  • Abdul Qayuum Abdul Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka,

Keywords:

Pendidikan Islam, metode Rasulullah, pengajaran dan pembelajaran, SRAJAIM

Abstract

Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk generasi Muslim yang berilmu dan berakhlak. Kajian ini bertujuan (i) meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM di Melaka berdasarkan metode pendidikan Rasulullah SAW, dan (ii) mengenal pasti relevansi pendekatan tersebut dalam konteks pendidikan semasa. Pendekatan kualitatif digunakan melalui temu bual berfokus (FGD) melibatkan 40 orang guru dan pentadbir. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mengamalkan kaedah talaqqi, soal jawab, penyampaian bertahap (tadrij) dan motivasi targhib wa tarhib dalam PdP sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Cabaran utama termasuk kekangan masa, kekurangan latihan khusus serta isu capaian dan peranti semasa PdP dalam talian berlangsung. Kajian mencadangkan agar latihan berstruktur dan pembangunan modul berdasarkan pendekatan Rasulullah SAW diberi keutamaan. Pelaksanaan metode ini dilihat mampu menyumbang kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan sahsiah selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Mohammad Sulaiman , N. 'Ainussabi'ah, Mohamad Rohana, N. A., Surtahman, A. W., & Abdul Razak, A. Q. (2025). Pelaksanaan PDP berasaskan metode pendidikan Rasulullah SAW dalam kalangan guru SRAJAIM di Melaka. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 634–646. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3278