Etika ikhtilat di tempat kerja dalam kerangka tamadun Islam: Antara wahyu dan realiti semasa

Authors

  • Nurhafizah Jauhari Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah, Melaka, Malaysia
  • Mohd Masri Mohd Ramli Jabatan Pengajian al-Qurʾan dan al-Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Abdulhamid Abu Sulayman (AHAS KIRKHS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia.

Keywords:

Ikhtilat, Etika Kerja, Tamadun Islam, Maqasid Syariah, Quran Sunnah

Abstract

Pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam dunia profesional moden menuntut garis panduan yang jelas agar selari dengan etika Islam. Islam membenarkan interaksi antara jantina dengan syarat ia berpandukan adab yang memelihara maruah, amanah dan keharmonian sosial. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis etika ikhtilat profesional berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah serta menilai kesesuaiannya dalam konteks tempat kerja kontemporari. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis tematik terhadap nas-nas wahyu dan pandangan ulama terpilih, dengan tumpuan kepada prinsip iffah, amanah dan maqasid syariah. Hasil kajian mendapati bahawa prinsip iffah (modesti/kesopanan) dan amanah berperanan sebagai kerangka asas dalam mengawal ikhtilat secara profesional, selaras dengan objektif maqasid syariah dalam memelihara maruah, agama dan ketenteraman masyarakat. Kajian ini menekankan bahawa etika ikhtilat bukan sekadar soal akhlak peribadi, tetapi juga cerminan tamadun Islam yang menekankan tanggungjawab sosial dan keluhuran akhlak. Namun begitu, kajian turut mengenal pasti bahawa ketiadaan panduan syarie yang menyeluruh dalam amalan semasa menjadi antara punca berlakunya isu seperti gangguan, fitnah dan penyalahgunaan kuasa di tempat kerja. Justeru, kajian ini mencadangkan suatu model etika ikhtilat profesional Islam yang menekankan panduan praktikal, pemantauan institusi dan pendidikan berterusan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Jauhari, N., & Mohd Ramli, M. M. (2025). Etika ikhtilat di tempat kerja dalam kerangka tamadun Islam: Antara wahyu dan realiti semasa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 551–560. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3271