Sorotan pandangan ulama Usul Fiqh silam dan kontemporari terhadap metode Al-Ta’lil Bi Al-Hikmah

Authors

  • Md Azzaat Ahsanie Lokman Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 78000, Alor Gajah, Melaka, Malaysia

Keywords:

al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah, hikmah, ta’lil, usul fiqh, maqasid

Abstract

Al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah semakin menjadi tumpuan perbincangan dalam kalangan pengkaji Usul Fiqh dan Maqasid Syariah di Timur Tengah. Namun, tema ini masih kurang mendapat perhatian di rantau ini. Peningkatan tumpuan terhadap topik ini menunjukkan kepentingannya dalam penetapan hukum Islam kontemporari semakin disedari walaupun ia merupakan sebuah kaedah yang amat kompleks. Ini menunjukkan perlunya untuk mewacanakan perbahasan al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah di rantau ini dalam bahasa Melayu bagi memudahkan kefahaman dan penyelidikan berterusan terhadapnya dapat dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pandangan ulama Usul silam dan kontemporari mengenai al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah, memandangkan kaedah ini sering menjadi perdebatan sehingga wujud satu kaedah yang masyhur dalam Usul Fiqh iaitu “al-hukmu yadūru maʿa ʿillatihi wujūdan wa ʿadaman lā ḥikmatihi”. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen dengan menganalisis pandangan para ulama Usul terhadap kaedah ini yang terkandung dalam kitab-kitab Usul Fiqh silam menggunakan pendekatan induktif dan juga komparatif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga pandangan ulama Usul terhadap kaedah al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah dan pandangan ketiga merupakan pandangan yang sering dipilih oleh para pengkaji kontemporari berdasarkan hujah yang kuat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Lokman, M. A. A. (2025). Sorotan pandangan ulama Usul Fiqh silam dan kontemporari terhadap metode Al-Ta’lil Bi Al-Hikmah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 513–524. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3268