Kriteria pembinaan model perkembangan kerjaya: Satu analisis literatur bersistem
Keywords:
Aspirasi kerjaya, perkembangan kerjaya, model kerjaya, cabaran globalisasiAbstract
Kerjaya dan kehidupan amat berkait rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Melalui pekerjaan manusia mendapat rezeki untuk menyara dan meneruskan kehidupan. Kajian ini dilakukan untuk membincangkan hasil dapatan kajian lepas berkaitan model-model perkembangan kerjaya di seluruh dunia dan kriteria utama dalam pemnghasilannya. Kesemua data telah diteroka secara elektronik (2005-2023) melalui EBSCOHOST, Proquest SAGE dan Science Direct. Hanya artikel yang memperincikan tentang model kerjaya, ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu bagi model kerjaya tempatan dan mempunyai methodologi yang lengkap sahaja yang dipilih. Sebanyak 89 artikel daripada 951 artikel yang dikenalpasti telah dipilih dan memenuhi kriteria yang disyorkan untuk dikupas. Dapatan kajian menunjukkan 3 kriteria utama dalam pembinaan model perkembangan kerjaya iaitu (i) Model Kerjaya berasaskan Perkembangan Usia; (ii) Model Perkembangan Kerjaya untuk Kumpulan Sasar Khusus; dan (iii) Model Kerjaya Akademik Khusus. Kebanyakan model perkembangan kerjaya diolah sesuai dengan kehendak dan citra budaya perkembangan kerjaya penduduk tempatan demi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat mereka tetapi berdasarkan teori-teori kerjaya seperti Super, Holland, Krumboltz dan sebagainya. Justeru pembinaan model perkembangan kerjaya yang sejajar dengan aspirasi tempatan sangat kritikal bagi memastikan aspirasi negara mampu berkembang sejajar dengan perkembangan dunia kerjaya alaf baru.