Peranan keluarga dalam pembentukan akhlak generasi muda kini: Satu sorotan

Authors

  • Nang Naemah Nik Dahalan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Mariam Farhana Md Nasir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Izzah Nur Aida Zul Raffar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Nor Adina Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Hamidah Jalani Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

Keywords:

peranan keluarga, pembentukan akhlak, generasi muda

Abstract

Keluarga merupakan sebuah institusi yang penting dalam pembinaan akhlak generasi muda masa kini. Ia berfungsi sebagai tempat pertama anak-anak menerima pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni. Dalam era globalisasi yang berkembang pesat masa kini, isu moral semakin meningkat disebabkan oleh pengaruh media sosial, persekitaran dan gaya hidup kontemporari. Maka, institusi keluarga menjadi semakin penting dalam mendidik anak-anak agar mempunyai tingkah laku yang baik dan berpegang teguh kepada prinsip budaya dan agama. Penulisan ini juga merujuk kepada kajian lepas yang berkaitan dengan peranan keluarga dalam pembentukan akhlak. Ia menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah tinjauan literatur untuk. Kajian ini menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh keluarga dalam usaha membentuk keperibadian generasi muda yang berakhlak mulia. Ia juga melihat secara ringkas bagaimana peranan ibu bapa, komunikasi keluarga dan penerapan nilai rumah tangga mempengaruhi pembentukan akhlak anak-anak. Hasil akhir tinjauan ini akan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya institusi keluarga untuk menghasilkan generasi yang bermoral dan bertanggungjawab.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Nik Dahalan, N. N., Md Nasir, M. F., Zul Raffar, I. N. A., Abdul Kadir, N. A., & Jalani , H. (2025). Peranan keluarga dalam pembentukan akhlak generasi muda kini: Satu sorotan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 406–416. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3260