Prosedur penetapan hilal dan pengurusan takwim hijri dalam kalangan negara anggota MABIMS

Authors

  • Sharifah Shazwani Syed Mohamed Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Ibnor Azli Ibrahim Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Syarif Ali (UNISSA), Jalan Pasar Gadong, BE1310 Brunei Darussalam

Keywords:

rukyah hilal, takwim Hijri, MABIMS, pengurusan takwim, imkān al-rukyah

Abstract

Penentuan permulaan bulan Hijri memainkan peranan penting dalam penetapan tarikh ibadah utama umat Islam,terutama permulaan Ramadan serta perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi negara-negara anggota MABIMS—Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, dan Singapura—sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelaraskan kaedah penentuan hilal secara serantau. Kajian ini memfokuskan kepada prosedur penentuan hilal dan pengurusan takwim Hijri dalam kalangan negara anggota MABIMS dimana fokus diberikan kepada prosedur penentuan hilal yang diamalkan serta peranan institusi-institusi rasmi dalam pengurusan takwim Hijri. Hal ini kerana walaupun terdapat kesepakatan di kalangan negara-negara MABIMS mengenai kaedah penentuan hilal, penetapan tarikh bagi permulaan bulan Hijri kadangkala masih menunjukkan perbezaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen rasmi, garis panduan rukyah, serta temu bual terpilih dengan pegawai berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun terdapat asas kriteria yang disepakati bersama melalui penyelarasan kriteria Imkān al-rukyah MABIMS, pelaksanaan teknikal dan pentadbiran takwim Hijri di setiap negara anggota tetap mengekalkan ciri-ciri pengurusan yang tersendiri berdasarkan pengamalan agama Islam negara masing-masing. Kajian ini turut membincangkan cabaran dan potensi dalam memperkukuhkan keseragaman takwim Hijri di peringkat serantau. Dapatan kajian menunjukkan keperluan kepada pendekatan yang lebih integratif bagi menangani perbezaan pelaksanaan dan struktur institusi, serta merangka mekanisme kerjasama serantau yang lebih sistematik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Syed Mohamed, S. S., & Ibrahim, I. A. (2025). Prosedur penetapan hilal dan pengurusan takwim hijri dalam kalangan negara anggota MABIMS. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 372–389. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3258