Jati diri belia muslim Malaysia dalam arus globalisasi: Cabaran dan penyelesaian.

Authors

  • Nor Adina Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kampus Alor Gajah, 78000 Alor Gajah Melaka
  • Izzah Nur Aida Zur Raffar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kampus Alor Gajah, 78000 Alor Gajah Melaka
  • S Salahudin Suyurno Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor
  • Ahmad Rosli Mohd Nor Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kampus Bandaraya Melaka, 75350 Melak

Keywords:

Jati diri, belia Muslim, globalisasi, kajian kepustakaan, Malaysia

Abstract

Globalisasi telah membawa perubahan ketara dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk budaya dan nilai masyarakat. Bagi belia Muslim di Malaysia, pendedahan kepada budaya asing melalui media dan teknologi maklumat menimbulkan cabaran dalam mengekalkan jati diri Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi oleh belia Muslim dalam konteks globalisasi serta mencadangkan strategi efektif bagi memperkukuh identiti mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dengan data diperoleh daripada analisis dokumen, buku dan artikel ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa globalisasi menguji keteguhan jati diri belia Muslim dan menuntut keupayaan mereka dalam mengekalkan nilai serta identiti yang kukuh. Menerusi pendidikan agama yang mantap dan penglibatan aktif dalam komuniti didapati sebagai antara strategi berkesan dalam memperkukuh jati diri mereka. Implikasi kajian ini penting dalam merangka dasar dan program yang menyokong pembentukan identiti Islam yang teguh dalam kalangan belia sekali gus memastikan kestabilan sosial dan moral masyarakat di era globalisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Abdul Kadir, N. A., Zur Raffar, I. N. A., Suyurno, S. S., & Mohd Nor, A. R. (2025). Jati diri belia muslim Malaysia dalam arus globalisasi: Cabaran dan penyelesaian. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 359–371. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3257