Pemikiran Ibn Khaldun tentang hubungan antara kesusasteraan, masyarakat, dan pembangunan tamadun dalam Buku Mukadimah
Keywords:
Ibn Khaldun, Mukadimah, kesusasteraan, budaya, sosialAbstract
Ilmu kesusasteraan menurut Ibn Khaldun, seorang pemikir besar dalam dunia Islam, terdapat dalam karya monumental beliau iaitu Mukadimah. Buku ini bukan hanya membincangkan teori sejarah dan sosiologi, tetapi turut memberi tumpuan kepada aspek kebudayaan, termasuk kesusasteraan. Ibn Khaldun menganggap kesusasteraan sebagai suatu medium yang penting dalam pembentukan identiti budaya dan peradaban. Kajian ini bertujuan menganalisis pandangan Ibn Khaldun mengenai ilmu kesusasteraan, dengan memberi tumpuan kepada elemen-elemen seperti seni retorik, hubungan kesusasteraan dengan masyarakat, serta peranan penulis dan pembaca dalam konteks budaya dan sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks dan teori kritikal untuk menggali pemikiran Ibn Khaldun berkaitan dengan kesusasteraan dalam Mukadimah. Pemikiran Ibn Khaldun memberikan perspektif yang luas dan relevan untuk memahami kesusasteraan dalam konteks moden terutama tentang hubungan antara teks, masyarakat dan pembangunan tamadun. Terdapat lima kaedah pendekatan pengajaran sastera menurut Ibnu Khaldun iaitu 1)Kompetensi Guru 2)Penerapan dzauq, 3) Latihan berperingkat 4)Imitasi karya agung 5) Penggunaan keindahan bahasa menjadi alternatif yang relevan untuk memperkasakan sastera sebagai wahana pembinaan akal, jiwa dan tamadun. Ia juga menawarkan wawasan tentang bagaimana kesusasteraan dan masyarakat berinteraksi dalam memajukan tamadun manusia. Maka kajian ini merangkumi lima tema utama antaranya; definisi sastera, bentuk (puisi dan prosa), kemahiran, gaya bahasa serta konteks sosial dan budaya.