Peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing berkesan: Pemahaman terhadap keperluan pelajar, kesediaan dan cabaran
Keywords:
Guru Pendidikan Islam, Pembimbing Berkesan, Kaunseling dan Bimbingan, Cabaran dan Kesediaan, Pembangunan Akhlak PelajarAbstract
Dewasa ini, lahirnya pelbagai isu mengenai akhlak pelajar di sekolah yang telah mendatangkan impak negatif terhadap peranan Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti pandangan tentang peranan Guru Pendidikan Islam sebagai guru kaunselor atau guru pembimbing di sekolah. Dalam konteks Pendidikan Islam, guru tidak hanya berfungsi sebagai pengajar, tetapi juga sebagai kaunselor yang membimbing pelajar dalam pembinaan diri sama ada dalam aspek spiritual, tingkah laku mahupun emosi. Kajian literatur telah dijalankan bagi mengenal pasti latar belakang isu dan permasalahan kajian berkaitan peranan Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing. Kaedah kajian secara kualitatif turut dijalankan dan data telah dikumpulkan melalui temu bual yang melibatkan beberapa orang Guru Pendidikan Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan Guru Pendidikan Islam amat penting dalam membantu pelajar meningkatkan nilai spiritual, emosi dan tingkah laku mereka. Selain itu, kajian ini juga mendedahkan beberapa bentuk cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan peranan mereka sebagai pembimbing. Artikel ini juga turut menggariskan beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan bimbingan yang diberikan. Implikasi kajian ini menekankan betapa pentingnya penglibatan Guru Pendidikan Islam yang berkesan dalam pengajaran serta peranan sebagai pembimbing yang mempunyai kemahiran kaunseling untuk pembangunan diri pelajar secara holistik termasuk pembangunan akhlak.