Sumbangan Majlis Agama Islam Melaka terhadap perkembangan Islam di negeri Melaka selepas merdeka (1960-1970).

Authors

  • Annuar Ramadhon Kasa Jabatan Sejarah, Tamadun & Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Norhayati Hamzah Jabatan Sejarah, Tamadun & Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mohd Roslan Mohd Nor Jabatan Sejarah, Tamadun & Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Keywords:

Perkembangan Islam, MAIM, Melaka, Sejarah Malaysia, Zakat Melaka

Abstract

Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah Islam sejak era Kesultanan Melayu Melaka lagi. Walau bagaimanapun, perkembangan Islam di negeri Melaka mulai perlahan apabila berada di bawah pentadbiran kolonial British. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, perkembangan Islam di negeri Melaka telah memasuki satu episod baharu hasil penubuhan sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal agama Islam di negeri tersebut. Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka sebagai badan yang berautoriti mengelola pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri Melaka telah berjaya membawa beberapa perubahan yang signifikan dalam konteks sejarah Islam di negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, artikel ini berfokus untuk menganalisis sumbangan Majlis Agama Islam Melaka terhadap perkembangan Islam di negeri Melaka dari tahun 1960 sehingga tahun 1970. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode kajian kepustaakaan melibatkan sumber-sumber primer sejarah sebagai kaedah pengumpulan data. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap sumber-sumber primer sebelum dipersembahkan mengikut klasifikasi sumbangan institusi tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa Majlis Agama Islam Melaka dalam lingkungan 10 tahun pertama penubuhannya telah menyumbang kepada penginstitusian pengurusan zakat, peningkatan syiar Islam melalui aktiviti dakwah dan penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri Melaka. Ia merupakan satu sumbangan yang signifikan terhadap perkembangan Islam memandangkan pengurusan dalam hal-hal tersebut tidak dapat dilaksanakan semasa era kolonial.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Kasa, A. R., Hamzah, N., & Mohd Nor, M. R. (2025). Sumbangan Majlis Agama Islam Melaka terhadap perkembangan Islam di negeri Melaka selepas merdeka (1960-1970) . Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 301–322. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3253