Pemikiran Kassim Ahmad mengenai Surah Al-Tawbah

Authors

  • Izwan Mohd Ali Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Aminudin Basir@Ahmad Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

Keywords:

Al-Quran, Kassim Ahmad, , pemikiran anti hadis, Surah al-Tawbah, tafsir al-Quran

Abstract

Kitab suci al-Quran yang berada pada setiap zaman adalah asli, terpelihara dan tidak mengalami perubahan. Allah SWT telah berjanji untuk memeliharanya seperti mana firman-Nya dalam Surah al-Hijr ayat 9. Namun begitu, tafsir al-Quran yang ditulis oleh salah seorang pemikir anti hadis iaitu Rashad Khalifa didapati terdapat kekurangan dua ayat di dalam Surah al-Tawbah berbanding dengan mushaf al-Quran yang menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia. Tafsir ini menjadi rujukan utama golongan anti hadis di Malaysia. Justeru, penyelidik merasa terpanggil untuk menjalankan kajian dengan tujuan untuk menganalisis pemikiran golongan anti hadis di Malaysia mengenai Surah al-Tawbah khususnya pemikiran Kassim Ahmad. Ini adalah kerana beliau telah dikenal pasti sebagai anti hadis melalui penulisan, blog dan ucapan beliau. Di samping itu, badan-badan autoriti agama di Malaysia turut mengisytiharkan beliau sebagai anti hadis menerusi beberapa fatwa yang telah diwartakan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu bual informan iaitu Kassim Ahmad secara bersemuka dengan menggunakan kaedah temu bual semi-struktur. Dapatan kajian menemukan pandangan Kassim Ahmad bahawa dua ayat yang terakhir dalam Surah al-Tawbah iaitu ayat 128 dan ayat 129 telah ditambah oleh sahabat Rasulullah SAW pada zaman ‘Uthman RA. Disebabkan penambahan itu juga, surah tersebut tidak dimulai dengan Basmalah. Kesimpulannya, pandangan Kassim Ahmad berkenaan dengan Surah al-Tawbah tersebut bercanggah sama sekali dengan dalil daripada al-Quran, athar sahabat dan hujah-hujah daripada para ulama dan cendekiawan Islam. Pemikiran sebegini boleh memberi kesan terhadap akidah islamiah dan memerlukan kepada perhatian yang serius bagi mengekang penyebarannya dalam masyarakat Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Mohd Ali, I., & Basir@Ahmad, A. (2025). Pemikiran Kassim Ahmad mengenai Surah Al-Tawbah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 286–300. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3252