Ketokohan Al-Bukhari dalam bidang Tazkiyah Al-Nafs dan kitab Al-Adab Al-Mufrad sebagai panduan nabawi dalam terapi psikospiritual

Authors

  • Mohd. Sobri Ellias Department of Quranic and Sunnah, Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Muhammad Luqman Hakim Abdul Rohim Department of Quranic and Sunnah, Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Mohd Zohdi Mohd Amin Department of Quranic and Sunnah, Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

al-Bukhari, Tazkiyah al-Nafs, al-Adab al-Mufrad, Panduan Nabawi, Terapi Psikospiritual

Abstract

Dalam era moden yang menyaksikan cabaran spiritual dan psikologi yang begitu kompleks dewasa ini, konsep pembersihan jiwa (Tazkiyah al-Nafs) begitu memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membimbing individu ke arah kestabilan emosi dan kesejahteraan rohani. Walaupun Imam al-Bukhari lebih dikenali sebagai pakar di bidang hadis melalui karya agungnya yang berjudul Sahih al-Bukhari, namun sumbangannya dalam aspek Tazkiyah al-Nafs menerusi perbahasan adab dan kesejahteraan jiwa seperti yang beliau garapkan di dalam karyanya yang berjudul  al-Adab al-Mufrad kurang diberikan perhatian. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen Tazkiyah al-Nafs dalam al-Adab al-Mufrad dan menilai potensinya sebagai model terapi psikospiritual berasaskan hadis. Dengan menggunakan kaedah kualitatif berbentuk analisis teks, kajian ini akan meneliti kandungan al-Adab al-Mufrad dengan menggunakan pendekatan tematik, khususnya dalam aspek adab, akhlak, dan elemen psikospiritual. Sebanyak 94 hadis daripada bab-bab utama dianalisis menggunakan kod tematik berdasarkan elemen adab dan ketahanan spiritual. Hasil kajian menunjukkan bahawa hadis-hadis dalam kitab ini menawarkan strategi praktikal untuk menangani emosi negatif dan membina ketahanan spiritual. Ini penting bagi mencegah kecenderungan maksiat dan tekanan rohani agar tidak kembali terjebak dalam maksiat terhadap Allah. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan pendekatan terapi Islam berasaskan sumber hadis klasik yang belum diterokai secara sistematik. Kajian ini menyimpulkan bahawa ketokohan al-Bukhari dalam bidang Tazkiyah al-Nafs dan karya al-Adab al-Mufrad amat berpotensi menjadi rujukan utama dalam membangunkan model terapi psikospiritual Islam yang berkesan, khususnya dalam menangani cabaran rohani dan psikologi kontemporari..

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Ellias, M. S., Abdul Rohim, M. L. H., & Mohd Amin , M. Z. (2025). Ketokohan Al-Bukhari dalam bidang Tazkiyah Al-Nafs dan kitab Al-Adab Al-Mufrad sebagai panduan nabawi dalam terapi psikospiritual. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 272–284. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3251