Pendekatan terapi psikospiritual bagi golongan LGBT yang berhijrah berdasarkan hadis-hadis terpilih di dalam Mukhtasar Sahih Al-Bukhari oleh Ibn Abi Jamrah.
Keywords:
Psikospiritual, LGBT, Panduan Nabawi, hijrah, al-BukhariAbstract
Pendekatan psikospiritual dalam bimbingan golongan LGBT yang berhijrah memainkan peranan penting dalam membantu mereka menghadapi cabaran emosi, sosial, dan spiritual pasca-hijrah. Namun, didapati bahawa modul bimbingan yang berasaskan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari masih lagi kurang dihasilkan dalam membantu golongan ini menghadapi cabaran emosi dan spiritual yang mereka hadapi selepas berhijrah. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis hadis-hadis terpilih dalam kitab Mukhtasar Sahih Al-Bukhari karangan Ibn Abi Jamrah yang berkaitan dengan aspek psikospiritual, bagi membangunkan pendekatan yang sesuai dalam membimbing golongan ini ke arah yang lebih baik setelah berhijrah. Masalah utama yang diketengahkan adalah kurangnya model bimbingan yang holistik dan berlandaskan sumber Islam yang autentik untuk membantu golongan ini menjadi muslim yang komited dengan hukum-hakam dalam Islam serta membantu mereka agar terus beristiqamah dan mengelakkan relapse. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan terhadap hadis-hadis yang membincangkan aspek kesabaran, taubat, ancaman azab, kematian serta pembangunan jiwa. Hasil kajian menunjukkan bahawa hadis-hadis dalam kitab Mukhtasar Sahih Al-Bukhari ini memberikan panduan yang jelas mengenai strategi pemulihan spiritual, kekuatan dalaman, dan hubungan dengan Allah sebagai teras utama dalam menangani konflik dalaman serta cabaran sosial pasca penghijrahan. Kesimpulannya, pendekatan psikospiritual yang berpaksikan kepada hadis-hadis Nabawi dapat menjadi panduan dalam merangka model bimbingan yang efektif bagi golongan LGBT yang berhijrah, selaras dengan prinsip rahmatan lil ‘alamin dalam Islam.