Dinamika perlaksanaan transaksi fiqh muamalat dalam perancangan bandar islam: Rujukan kepada Majallah Ahkam Adliyyah

Authors

  • Muhammad Azizur Rahman Ramli Islamic Cluster Finance, Department Accounting, Management and Science University, Shah Alam 40100, Selangor, Malaysia
  • Siti Noradibah Md Zain Islamic Cluster Finance, Department Accounting, Management and Science University, Shah Alam 40100, Selangor, Malaysia
  • Nor Amilia Izzati Muhamad Islamic Cluster Finance, Department Accounting, Management and Science University, Shah Alam 40100, Selangor, Malaysia

Keywords:

Undang-undang Islam, Musyarakah, Pembangunan Bandar Islam

Abstract

Kajian ini meneliti peranan dinamika perlaksanaan transaksi Fiqh Muamalat dalam pembentukan bandar Islam, dengan fokus khusus pada identiti bandar dan pengaruh tradisi tempatan. Kajian ini membincangkan bagaimana faktor seperti kumpulan umur mempengaruhi persepsi terhadap perancangan bandar dan identiti, dan bagaimana bandar-bandar lama mengekalkan identiti yang lebih kuat berbanding pusat bandar baru. kajian ini bertujuan mengenalpasti persamaaan dan perbandingan antara undang-undang tradisi Islam dengan undang-undang moden yang membentuk sesebuah kota dan bandar Islam. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisa dokumen. Dokumen Kanun Tanah Negara, teks majallah ahkam Al-Adliyyah dan Undang-Undang Kecil 18 (UUK18) di bawah Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) telah dianalisa. Teks-teks yang mempunyai persamaan dalam pembinaan pembangunan diteliti untuk dilihat persamaan dan perbezaan. Dapatan kajian menunjukkan akad musyarakah mempunyai pengaruh terhadap kota-kota Islam Othmaniyah dan bandar Diraja Melayu. Walaupun wujud persamaan antara Majallah Ahkam Adliyyah dalam pemilikan hartanah dan undang-undang moden, namun wujud perbezaan dari sudut memelihara hak dari sudut syarak terutama memelihara hubungan gender dalam rekabentuk bangunan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Ramli, M. A. R., Md Zain, S. N., & Muhamad, N. A. I. (2025). Dinamika perlaksanaan transaksi fiqh muamalat dalam perancangan bandar islam: Rujukan kepada Majallah Ahkam Adliyyah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 244–258. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3249